Pages

Sunday, 27 December 2015

ESOK MILIK KITA

ENTRI 18

PENULISAN : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Esok adalah milik kita. Siapa tahu usaha hari ini, semangat hari ini. Kesungguhan hari ini, mendatangkan kejayaan. Rezeki allah swt, tiada siapa yang tahu. 

KEJAYAAN ITU PASTI MILIK KITA

ENTRI 17

PENULISAN : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Sebenarnya apa yang kita nak? Jika gagal, diamkan diri. Jika berjaya, carilah jalan menuju kejayaan. Bagaimana? Usaha, tawakal, ikhtiar dan doa. Yakin setiap langkah dimulai dengan niat  tanpa menoleh ke belakang. Percayalah, kejayaan itu pasti milik kita

Tuesday, 15 December 2015

NATIONAL GEOGRAPHIC

ENTRI 16

PENULISAN : AINORHIDAYAH BINTI ZULKIPLI

Assalamualaikum...


Saya nak berkongsi cerita tentang anak sulung saya ini. Dia memang gemar menonton rancangan national geographic  tapi berkaitan dengan haiwan sahaja. Kalau bencana memang kurang. Sekiranya dia duduk depan tv, tiada ruang dan pilihan orang lain tengok cerita lain. Oleh kerana anak sudah minat, saya memberi dorongan. Tidak rugi sekiranya anak menambah ilmu pengetahuannya. Di rumah, buku - buku yang berkaitan ekologi, ekosistem dan berkaitan yang boleh memberangsangkan minda secara optimis.

Sunday, 13 December 2015

CIRI - CIRI KAMBING

ENTRI 15

PENULISAN : AINORHIDAYAH BINTI ZULKIPLI
GAMBAR  :  CARIAN GOOGLE

Assalamualaikum...



Seperti yang saya maklum pada entri yang lalu, saya akan kongsikan serba sedikit ciri - ciri dan latar belakang kambing. Kerana masa yang sibuk, saya ruangkan sedikit waktu ni, untuk berkongsi maklumat dan ilmu.

Wednesday, 9 December 2015

MOTIVASI

ENTRI 14

PENULISAN : AINORHIDAYAH ZULKIPLI


Bagaimana nak memulakan ? Aku mula memikirkan.  Lama juga. Tapi, bagaimana harus aku memulakan langkah seterusnya? Aku mula mencari maklumat. Kisah kejayaan usahawan seorang penternak. Diari seorang penternak. Pengalaman usahawan ternakan memulakan perniagaan dari mula sehingga berjaya. Motivasi membakar semangat, mencari dimana perlu dapatkan pendedahan sebagai seorang usahawan penternak yang berjaya dan membuat lawatan ke ladang - ladang supaya lebih memahami lagi.

Akhirnya, aku mula berfikir. Bukan semua orang akan berkongsi ilmu dengan kita. Mesti ada sikit - sikit yang disembunyikan. Lalu, aku cuba untuk meneroka dalam bidang penternakan walaupun sedar tiada pengalaman, tiada kemahiran dan tiada pengetahuan. Banyak risiko yang akan tanggung. Apa orang cakap, bidang terjun. Tapi, lama - lama, aku faham sendiri.



Hanya orang yang biasa rasa kesusahan sahaja aku mengetahui segala - galanya. Kita akan tahu pahit manis dalam perniagaan. Kita akan belajar, dari kegagalan yang lalu apabila semuanya berlaku dalam hidup kita.

SEDIH

ENTRI 13

PENULISAN : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikum.....

Apa lagi nak di kata, jika tiada rezeki kita pada hari ini, allah swt nak uji kita. Bila rezeki kita sudah ada, kongsilah rezeki dengan orang lain. Belum tiba masa lagi, masih lagi ada kekurangan. Hari ini, aku dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan. Saat yang aku tunggu, akhirnya sudah tiba. Tapi tulah, dinamakan tiada rezeki. Kambing yang bunting telah mati kerana susah untuk melahirkan anak.sedih rasanya, hanya allah yang saja yang tahu.

Faktornya, mungkin kurang berjalan dan makanan kurang nutrisi. In sha allah, saya akan cuba baiki lagi apa yang kurang dalam ternakan kambing. Kena pastikan makanan kambing yang berkhasiat, ruang persekitaran yang selesa dan dapatkan rawatan dari doktor veteriner.


Tuesday, 8 December 2015

RUMPUT NAPIER


ENTRI 12

PENULISAN : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim......

Kali ini, perancangan penanaman napier untuk makanan kambing. Rancang, penyediaan,atur jadual dan pelaksanaan. Mencari maklumat tentang jenis - jenis napier dan cara menanam. Faktor geografi di sesuatu kawasan. Ok, kita memang sudah ada tanah atas nama sendiri. Itu sudah kira bagus. Bagi mereka yang tidak mempunyai tanah, harus mencari dan menyewa tanah tersebut. Setiap apa yang kita buat dan beli, hendaklah direkodkan dan mempunyai fail sendiri. Sekiranya, tanah tadi adalah sewa, dokumen perjanjian hendaklah diwujudkan supaya tidak ada apa  - apa hal yang lain berbangkit. Walaupun kita beli biji benih, hendaklah direkodkan. Kita boleh buat kajian sendiri, cara bagaimana kita memulakan tanaman napier. Kepada pembaca, sebelum membuat sesuatu perkara, hendaklah mencari maklumat terperinci.