Monday, 12 September 2016
WANITA
Entri : 51
Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli
Assalamualaikumwarahmatullahiwarakatuh.....
Dengan lafaz bismillahirrahmanirahim. Marilah sama - sama kita mulakan dengan bacaan Surah Al fatihah. Alhamdulillah, sekali lagi saya akan berkongsi cerita kepada pembaca blog.
Kisah Pertama
Allah swt lebih menyayangi abah. Abah telah pergi buat selama - lamanya ketika aku berusia 10 tahun. Pengalaman emak membesarkan kami adik beradik banyak cabaran dan ujian. Apabila segala urusan dilakukan oleh seorang suami, tiba - tiba diambil alih oleh seorang isteri. Tiada ilmu dan pengalaman, itulah cabaran.
Perkara yang tidak dapat dilupakan Saat emak hendak membuka kepala gas di dapur.Pada pandangan kita, memang nampak senang tapi bagi mereka yang tidak biasa lakukan akan sukar hendak dihadapi. Itulah realitinya.
Kisah Kedua
Segala perkara dan urusan bank serta persekolahan anak dilakukan oleh suami. Tiba - tiba, Allah swt uji kita. Suami telah kembali ke rahmatullah, sakit tidak boleh bangun, pergi menunaikan haji, ibu tunggal dan sebagainya. Bagi kita yang biasa lakukan cakap memang senang tapi bagi mereka sukar. Keluarkan duit di mesin ATM pun tidak tahu dan apa lagi hendak mengisi minyak kereta.
Kisah Ketiga
Apabila seorang isteri telah ditinggalkan oleh suami. Menguruskan anak bukan mudah jika seorang diri tapi Allah swt ada memberi pertolongan. Dengan tiada pekerjaan, tiada kenderaan sendiri yang ada hanya semangat seorang ibu demi anak. Berkayuh dengan basikal beberapa kilometer, membawa anak yang demam ke klinik.
Memang lawak dan kelakar tapi jangan gelakkan orang lain. Bahagian kita, belum sampai lagi. Berdoalah, semoga suatu hari kita akan menjadi lebih bersedia dan prihatin serta tidak leka dalam semua hal. Ambil pengajaran dan iktibar apa yang berlaku disekeliling kita dan pengalaman hidup orang lain.
Monday, 5 September 2016
IMPIAN
Entri : 50
Penulis : Ainorhidayah
Binti Zulkipli
Sumber : google kata kata hikmah
Hidup ini memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan menentukan kejayaan dan Kejayaan akan menentukan kebahagiaan.
Sungguh bermakna kata - kata ini. Menyentuh hati. Semuanya akan berhasil apabila kita berusaha, sabar dan berdoa. Sedikit masa dan ruang untuk diperlukan untuk merealisasikan impian menjadi kenyataan. In shaa Allah, jika diizinkan oleh Allah, kandang kambing akan dibesarkan lagi. Kandang lembu akan dibuat dan ternakan ayam kampung akan diusahakan. Ilmu dan pengalaman sentiasa selari dengan peredaran semasa. Jika ada rezeki, in shaa allah akan wujudkan kursus usahawan ternakan. Semoga impian tercapai.
TIPS UNTUK ANAK
Entri : 49
Penulis : Ainorhidayah
Binti Zulkipli
Sumber : google
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Ketika masalah datang, Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. Allah hanya minta kita sabar dan solat. Sudah lama tidak bersiaran di blog ini. Kesempatan yang ada digunakan untuk memberi ilham dan idea dalam perjalanan penilusan blog ini.

Ada kisah perkongsian yang ingin
dikongsikan. Pada suatu hari, anak
memberitahu bahawa
dia tidak mahu ke sekolah agama. “Kenapa”?, tanda
kehairanan. Dia pun menjawab takut ustaz soal dalam kelas dan dia tidak dapat
jawab. Saya nak nasihatkan dia supaya pergi dengan tenang dan yakin. Saya bagi
nasihat dan tips. Saya pesan keluar rumah, sampai pagar sekolah, sampai pintu
kelas, baca selawat, al fatihah, bismillahillazilayadurru dan ayat pertama surah masad.
Kemudian, niat semoga Allah
permudahkan urusan kita. Dan Alhamdulillah, hasilnya Berjaya. Anak boleh
menjawab soalan yang diberi oleh ustaz.
Itulah keajaiban ayat ayat suci al
quran. Kita yakin dan sabar, In shaa
Allah dipermudahkan.
Sunday, 22 May 2016
PENGACARA MAJLIS
Entri : 48
Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Salam ceria dan salam ukhwah kepada semua sahabat. Berfikiran Positif dan optimis akan membawa kepada pemikiran yang lebih matang. Mudahan hadirnya akan memberi impak yang lebih baik dan bermakna dalam kehidupan. Semoga apa yang direncanakan akan berkesudahan dengan baik dan membawa kepada keberkatan dalam hidup. Sekaligus akan menyenangkan kepada orang lain. Itulah ilmu yang disampaikan atau perkara yang dilakukan yang memberi manfaat kepada orang lain. Itulah amal jariah yang disedekahkan dan diamalkan sebaik mungkin.
Perkongsian ilmu kali ini adalah berkaitan dengan Pengacara Majlis. Hendak dijadikan cerita, anda terpaksa menjadi pengacara majlis tangkap muat. Dengan tiada pengalaman, tiada pengurusan skrip pengacara majlis sedikit sebanyak akan membuatkan diri rasa takut, gugup, gelabah dan bermacam - macam lagi perasaan lain yang akan hadir. Rasa nak marah pun ada, bila dipanggil secara mengejut dengan tiada persediaan. Itulah dia, asam garam dalam perjalanan untuk menjadi atau menguruskan sesuatu majlis yang melibatkan pengacara majlis. Secara rasminya ada protokol.
Secara umumnya, apabila kita dilantik sebagai pengacara majlis banyak maklumat yang kita kena tahu. Contoh Tarikh, Masa dan tempat majlis diadakan. Aturcara majlis. Senarai VVIP yang hadir, Siapa jemputan dalam majlis tersebut. Paling senang pun minta dari AJK kertas kerja. Dalam kertas tersebut sudah cukup maklumat yang patut diketahui.
Dalam mengacara majlis, kali pertama mesti kita rasa ada cacat atau yang tidak kena. Pengalaman akan ajar kita dan membantu memperbaiki kelemahan. Kita akan lebih matang dan positif dalam mengacara sesuatu majlis.
Apa yang membuat lebih motivasi ialah keseronokkan apabila kita sudah tahu langkah - langkah perjalanan dalam mengacara majlis. Lebih tenang, tidak gopoh dan berhati - hati dengan sebutan akan membuatkan kehadiran keyakinan. Datang sebuah senyuman dengan diiringi kesyukuran apabila selesai majlis. Itulah nikmat dirasai menjadi pengacara majlis. Kita akan dipanggil lagi untuk menjadi pengacara majlis apabila pihak urusetia puashati dengan persembahan yang dihidangkan. Yang baik datang dari Allah swt dan yang kurang dari dari kelemahan saya. Harap dimaafkan jika ada yang kekurangan. Wallhualam.

Thursday, 19 May 2016
KELAHIRAN MELALUI CAESAREAN (PEMBEDAHAN) DAN PENYUSUAN IBU
Entri : 47
Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli
Terlebih dahulu izinkan saya, sedekahkan surah al fatihah kepada ibubapa dan ahli keluarga, semua sahabat serta umat islam. Semoga Allah swt memberi petunjuk, kekuatan dan ketenangan jiwa dalam hidup ini. Semoga memperoleh keberkatan hidup.
Kisah anak yang kedua pula, dah cukup tempoh dan menunggu hari untuk bersalin. Doktor mencadangkan agar bersalin secara normal dan ikut tarikh yang sepatutnya tetapi lain pula yang berlaku. Semasa membuat pemeriksaan ECG, graf tidak memuaskan. hasil pemeriksaan doktor memaklumkan bayi telah minum air ketuban. Bahaya pada bayi. Secara tidak langsung, maka bayi yang kedua pun melalui pembedahan juga.
Errrmmmm, berpantang wanita bersalin secara normal dan pembedahan tidak sama. Ada yang boleh ikut dan perlu dilakukan kemudian. Tapi, saya dulu air gamat, pati ikan haruan, ikan haruan bakar saya makan sebab konon - konon boleh baik dengan cepat. Bila selepas mandi, bahagian jahitan harus dilapkan dengan bersih. Kemudian, jahitan biarkan terdedah beberapa seketika untuk betul betul kering. Bengkung pun pakai tapi selepas beberapa minggu selepas proses kelahiran.
Alhamdulillah, kedua - dua anak saya diberikan susu badan sepenuh masa walaupun saya bekerja sehingga lebih 2 tahun anak menyusu badan. Tiada campuran dengan susu tepung. Saya minum jus pegaga, barli dan milo. Apa saja bahan minuman atau makanan yang boleh menambah susu ibu, saya akan mencuba. Kita berikhtiar, Allah swt yang menentukan. Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi.
Kita seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan berkaitan penyusuan ibu. Amat merugikan kita sebagai ibu tidak memberi susu ibu kepada bayi kita. Apa yang disebutjan dalam al quran
'' Dan ibu ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap bagi orang yang hendak menyempurkan penyusuan itu: dan kewajipan bapa ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
Surah al baqarah ayat 233
Wednesday, 18 May 2016
JASA BONDA
Entri : 46
Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera ........
Kedengaran pula lagu Jasa Bonda yang diputarkan oleh sebuah stesen radio tanah air. Aku termenung memikirkan masih ada adakah harapan atau peluang untuk aku berbakti kepada emak? Masih ada masakah untuk aku merebut pahala? Masih sempatkah untuk aku lakukan semua itu? . Atau adakah sebaliknya. Jawapannya masih masih masih. Tiba - tiba aku tersentak oleh panggilan angah.
"Umi, umi kenapa", tanya Angah
" Tiada ada - ada", ujar aku.
Aku melihat wajah anak - anak. Menitis air mata. Terlalu cepat masa anak - anak membesar. Entah bila kali terakhir aku mendengar, anak - anak cakap pelat. Entah bila, aku melihat anak - anak belajar bertatih. Entah bila, aku menangis apabila mendengar sebutan umi atau ayah buat kali pertamanya. Entah bila, aku boleh meluangkan masa dan waktu untuk anak - anak. Telah banyak coletahan anak - anak aku abaikan kerana sibuk urusan sendiri. Entah bila melihat anak - anak makan di atas meja dengan kegembiraan. Entah bila, kali terakhir tangan ini memandikan anak - anak.
Kini, anak - anak telah melangkah kaki ke alam persekolahan. Cabaran baru akan diharungi di dalam sebuah kehidupan. Suasana yang berlainan akan membawa jauh perjalanan anak - anak meningkat alam remaja dan dewasa. Menimba ilmu Pengetahuan dan mencari pengalaman di rantauan. Dalam redhaan, demi mencari ilmu dilepaskan anak - anak pergi walaupun kesedihan dirasai. Doa ibu sepanjang hayat. Memohon pada padaMU Ya Rabbi, lindungilah anak - anakku ketika dia berada di mana - mana sahaja. Engkau peliharalah anak - anakku. Lapangkanlah rezeki mereka dan mudahkan segala urusan mereka. Jadikan mereka anak yang soleh dan solehah.
Ibu dan ayah pula semakin tua menghitung sisa sisa kehidupan dari hari ke hari. Membilang masa. Menunggu saat kepulangan anak apatah lagi panggilan telefon. Itulah jadi orang tua menanggung beban rindu pada anak - anak.
Itulah aturan kehidupan. Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita. Dari bayi, kanak - kanak, remaja, dewasa dan akhir sekali tua. Semua akan merasa bila masa sudah tiba. Dari seorang, dijadikan kita berdua. Dari berdua dijadikan bertiga atau lebih dari itu. Kemudian, kita hanya akan tinggal berdua saja dengan pasangan apabila anak - anak mempunyai kehidupan sendiri. Kita akan tinggal bersendirian apabila pasangan kita telah pergi menghadap illahi.
Monday, 16 May 2016
PERGORBANAN SEORANG GURU
Entri ; 45
Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli
Assalamualaikumwarahmatullahiwarakatuh.....
Saya doakan semoga para pembaca blog diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan berjaya dunia dan akhirat. Marilah kita sama - sama sedekahkan surah Al fatihah kepada diri sendiri, ibubapa, suami/isteri serta anak - anak dan saudara islam dan selawat buat junjungan Nabi Muhamad saw.
Pada 15 Mei 2016 yang lalu, sekolah tadika anakku belajar telah mengadakan Hari Sukan bertemakan tradisonal. Oleh kerana tahun 2016 merupakan tahun terakhir dia di sana. Aku secara sukarela untuk menjadi hakim (judges) dalam permainan hari sukan tersebut.
Apa yang nak disampaikan adalah proses pembelajaran anak - anak. Anak - anak baru belajar nak kenal hidup dan dunia. Banyak perkara yang perlu bantuan seorang guru. Besar pengorbanan guru dalam pembentukan akhlak, didikan dalam memberi ilmu pada anak - anak. Bayangkan, peredaran masa begitu pantas berlalu. Proses pembelajaran ilmu tidak sama seperti dahulu. Kita harus berubah fikiran menjadi lebih positif.
Apa yang saya lihat, ketabahan seorang guru mengajar dan memperkenalkan huruf - huruf pada anak - anak. Mengajar murid sekolah tadika tidak sama dengan mengajar murid darjah satu. Betul kata orang, IQ dan perkembangan setiap adalah tidak sama. Bergantung kepada keadaan dan sokongan ibubapa untuk mendorong perkembangan yang lebih baik. Ada anak - anak pula yang cepat menerima proses pembelajaran dari guru. Dan tidak hairanlah, anak - anak yang berumur empat tahun sudah boleh membaca serta mengingat dan menhafaz surah - surah yang pendek.
Contoh. Dalam permainan tersebut, anak - anak pilih gambar buah dan nama buah tersebut. Ibubapa diluar sana sorak seronok melihat anak - anak bersaing dalam permainan tersebut. Gambar tersebut adalah buah manggis. Ibubapa seronok sangat, jeritlah manggis. Anak - anak tidak menjumpai perkataan manggis. Perkataan yang ada tertulis mangosteen. Bila guru sebut mangosteen, baru dia faham. Contoh lain, permainan menggunakan kasut trompah. Kita melihat benda tersebut suatu perkara yang mudah tetapi bagi anak - anak terlalu sukar untuk dilakukan tanpa sokongan guru. Anak - anak nak belajar seimbangkan badan dan memegang tali untuk berjalan ke garisan penamat. Ibubapa bersorak mahu anak menang tapi itulah cabaran seorang anak. Bukan mudah rupanya. Begitulah guru - guru apabila mendidik anak - anak kita. Contoh lain pula, asingkan benda float and sink (tenggelam dan timbul). Ada anak - anak yang tahu bezakan dan asingkan benda tersebut serta ada yang tidak tahu.
Kesimpulannya, peranan ibubapa teramat besar dan berat dalam mendidik anak - anak. Tidak hanya bergantung kepada guru sahaja. Ibubapa hendaklah mempunyai ilmu dalam pengetahuan segala hal. Sekiranya kita tidak ada ilmu, harus bagaimana kita mahu membantu anak - anak dalam pelajaran. Tidak banyak pun tidak mengapa, sedikitpun telah memadai. Sekurangnya kita berusaha dan cuba untuk membantu pelajaran anak. Berdoalah kepada Allah swt semoga kita mempunyai anak yang soleh dan solehah.

Subscribe to:
Posts (Atom)