Pages

Tuesday 16 February 2016

IKBN PERETAK

Entri : 31

Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Sewaktu aku belajar di Institut Kemahiran Belia Peretak Kuala Kubu Bharu (IKBN), aku mengikuti jurusan Pembuat Pakaian Lelaki (PPL). Di sana, aku di ajar menjahit dari mula asas jahitan sehingga siap berpuluh – puluh pasang baju. Memang rumit, sekiranya kita tidak minat dan tidak ambil tahu serta usaha lebih baik lagi. Adakalanya nak marah pun ada, pengajar – pengajar tidak tengok pun hasil jahitan kemudian suruh tetas. Bila difikirkan balik, ada hikmahnya semuanya. Takkan sekarang sudah boleh jahit dengan jahitan yang halus dan lurus serta kemas. Kalau tidak diuji dengan begitu, tidak nampaklah hasilnya sekarang ini. Rutin harian bermula jam 5.00 pagi. Waktu itu, solat subuh berjemaah, 6.30 pagi jasmani selepas itu sarapan. Dan 7.45 pagi beratur serta berbaris berkumpul di padang kawad untuk taklimat sebelum masuk kelas. Setiap hari Isnin, semua penuntut wajib mengikuti kawad dan kelas asas perniagaan, agama, English dan sejarah Malaysia. Hari lain pula, masuk kelas untuk jahitan .Petang pula, 5.00 petang latihan jasmani. Kemudian, solat maghrib berjemaah dan barulah makan malam. Tempat tinggal adalah asrama dan makan ditanggung semuanya. 6x sehari sekali. Kasut hendaklah kilat dan tidak boleh lewat ke kelas. Pernah satu kelas kena denda jalan itik ke kelas kerana seorang kawan  lambat. Baring di padang kawad kerana tidak pergi solat berjemaah dan rendam di kolam kerana ingkar arahan.


Semuanya itu adalah asas disiplin dalam kehidupan. Mengajar kita bagaimana harus menghargai masa dan tetap pada masa yang telah diberikan. Sehingga hujung nyawapun, ilmu harus dicari sebagai pedoman dan kelengkapan dalam diri kita.

BERBAKTI

Entri : 30

Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Sewaktu aku belajar di Institut Kemahiran Belia Peretak Kuala Kubu Bharu (IKBN), assignment telah diberi dan tugasan ini bertajuk “ Berbakti Kepada Ibubapa”. Aku tidak ingat terbitan dan siapa pengarangnya. Kebetulan outing waktu itu, aku balik rumah dan menyinggah di kedai buku lalu mencari buku tersebut. Alhamdulillah, buku tersebut memag ada dan membelinya. Aku baca dan kongsikan buku tersebut kepada kawan – kawan. Aku fikir ilmu tidak perlu kedekut dan harus disampaikan.

Dalam buku tersebut, menceritakan dan memberi tips bagaimana cara kita menghormati ibu bapa. Nak ingat sepenuhnya memang tidak boleh ingat tapi aku boleh ada beberapa ciri – ciri :-

1. Taat perintah ibubapa selagi tidak melanggar hukum atau ajaran islam
2. Hormat
3. Jangan tinggi suara
4. Membantu
 

Dan banyak lagi. Justeru, peranan anak selepas kematian ibu bapa. Apa yang harus dilakukan semasa hidup dan setelah meninggal dunia. Banyak manfaat dan kelebihannya. Bersyukurlah kerana kita mempunyai ibu bapa dan mengenali siapa ibubapa kita berbanding dengan insan lain. 

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Entri : 30

Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah serta selawat dan salam ke atas  junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Doa saya semoga para pembaca sihat Alhamdulillah, memperoleh kejayaan, dimurahkan rezeki serta mendapat rahmat dari Allah s.w.t.

Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa. Kasih mereka terhadap anak adalah kasih daripada titisan air mata dan titik peluh yang tidak mungkin terbalas.
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.
Aku pernah berdoa, semoga Allah memberi peluang, ruang dan waktu untuk aku berbakti kepada emak. Menitis airmata diri ini apabila anak kecil bertanya.
“ Umi, kenapa umi mandikan opah?”. Aku hanya tersenyum .
“ Umi, kenapa umi suapkan opah makan?’’. Aku hanya mampu tersenyum.
Tatkala anak hampir terlelap mata, aku bercerita kenapa dan memberi jawapan yang positif dan apa yang dituntut dalam islam.  Anak - anak mudah meniru  atau terikut cara orang dewasa.
Banyak ujian dan cabaran yang semua perkara yang kita lakukan. Hanya ketabahan dan kesabaran dapat mengatasinya. Berdoalah, redha dan ikhlaskan hati dalam semua perkara yang dilakukan. Bukan semua anak Allah s.w.t  uji  dan beri peluang untuk berbakti kepada ibu bapa.

Saturday 13 February 2016

EMAK


 Entri 29

Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh........

Alhamdulillah, dengan izin-nya saya berkesempatan menulis di blog ini. Selawat dan salam ke atas  junjungannabi muhammad s.a.w. Doa saya semoga para pembaca sihat alhamdulillah bersama keluarga tersayang.

Emak selalu menyuruh pergi hantar makanan di rumah kawan emak, emak selalu menyuruh hantar barang di rumah kawan mak, emak selalu menyuruh macam - macam lagi hantar di rumah kawan mak. Hati kecilku selalu berkata, asyik kena hantar saja. Mereka tidak ada orang lain ke nak ambil semua ini. Tapi kerana emak, aku turutkan saja.

Baru kini aku faham mengapa dan kenapa emak suruh lakukan begitu. Baru aku sedar, rupanya emak sedang mengajar dan mendidik aku supaya cara bagaimana kita menghormati kawan emak, menghormati orang tua, menghargai seorang sahabat dan yang paling penting mencari pahala. Itulah dia emak.

Emak seorang menghargai sahabat dan tidak hairanlah mengapa dan kenapa emak menjadi rujukan di kalangan kawan - kawan. Emak seorang yang berpengetahuan dalam banyak hal. 


Keseluruhannya, kita kena menghargai apa yang emak suruh kita buat. Hari ini kita tidak melihat kebaikan tersebut tetapi hasilnya adalah pada masa akan datang. Begitulah jua perumpaan tanaman yang dihasilkan.