Entri : 30
Penulis : Ainorhidayah
Binti Zulkipli
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah serta
selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Doa saya semoga
para pembaca sihat Alhamdulillah, memperoleh kejayaan, dimurahkan rezeki serta
mendapat rahmat dari Allah s.w.t.
Berikan sepenuh kasih
sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa
ketika kamu meningkat dewasa. Kasih mereka terhadap anak adalah kasih daripada
titisan air mata dan titik peluh yang tidak mungkin terbalas.
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ
وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku
dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana
mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.
Aku pernah berdoa,
semoga Allah memberi peluang, ruang dan waktu untuk aku berbakti kepada emak. Menitis airmata diri ini
apabila anak kecil bertanya.
“ Umi, kenapa umi
mandikan opah?”. Aku hanya tersenyum .
“ Umi, kenapa umi
suapkan opah makan?’’. Aku hanya mampu tersenyum.
Tatkala anak hampir
terlelap mata, aku bercerita kenapa dan memberi jawapan yang positif dan apa
yang dituntut dalam islam. Anak - anak mudah meniru atau terikut cara orang dewasa.
Banyak ujian dan cabaran
yang semua perkara yang kita lakukan. Hanya ketabahan dan kesabaran dapat
mengatasinya. Berdoalah, redha dan ikhlaskan hati dalam semua perkara yang
dilakukan. Bukan semua anak Allah s.w.t
uji dan beri peluang untuk
berbakti kepada ibu bapa.
No comments:
Post a Comment