Pages

Wednesday 27 April 2016

ANAK PENAT KE SEKOLAH

Entri 40

Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera ........

Kali ini, saya nak masuk tajuk persekolahan anak – anak. Anak saya selalu cakap dia penat ke sekolah. Hari – hari kena bangun awal pergi sekolah. Balik sekolah tengahari, makan kemudian pergi sekolah agama pula. Petang pula, balik dari sekolah agama rehat sekejap dan kemudian mandi. Selepas itu, makan malam. Solat berjemaah dan membaca al quran atau hadith. Sambung pula,  buat kerja sekolah sampai tertidur di buku. Itulah rutin harian anak saya. Hari – hari dia merungut tidak mahu pergi ke sekolah.

Saya pujuk dia. Allah swt sudah beri kesihatan yang baik kepada kita. Berbanding yang insan lain yang tidak ada peluang untuk ke sekolah. Kita bersyukur kerana hari ini masih lagi bernafas untuk teruskan hidup ini untuk mencari ilmu dunia dan akhirat. Boleh berjumpa dengan kawan – kawan dan berbakti kepada kedua ibubapa dan guru serta mengormati orang lain. Kita tidak pernah terfikir tentang insan OKU. Allah swt uji mereka dengan ketiadaan fizikal yang sempurna tetapi mereka sabar dan redha dengan janji Allah swt. Kalau mereka sempurna seperti orang lain, teramat bahagia dan gembira serta syukur kerana dapat membantu orang lain dan mencari ilmu pengetahuan. Allah swt sudah bagi kita cukup sifat kita kena menghargainya.

Ilmu yang diperolehi pada hari ini disekolah tidak akan diulang semula oleh guru. Betapa rugi kita pada hari tersebut kerana tidak rebut ilmu. Sehingga akhir hayat pun ilmu wajib dituntut. Saya bacakan maksud surah yang berkaitan menuntut ilmu. Ilmu ini akan jadi benteng dan pelindung kepada kita pada masa akan datang. Hanya ilmu akan membezakan kita dengan orang lain. Dengan ilmu orang akan menghormati kita.


Akhir sekali, biar kita letih dan penat dari sekarang menuntut ilmu. Kecapi kemanisan kejayaan akan terhasil pada masa akan datang sekiranya kita berusaha dan bersungguh – sungguh. Mohon doa kepada Allah swt selalu agar diberkati dan dirahmati. Nasihat orang yang lebih tua harus dijadikan panduan. Kita akan menyesal suatu hari nanti kerana tidak belajar bersungguh – sungguh. Jangan anggap ini sebagai satu bebanan tapi anggaplan ia sebagai amanah Allah swt di muka bumi ini. Cabaran sekarang amat mencabar sekiranya kita tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Doa ibubapa akan sentiasa mengiringi perjalanan kehidupan anak – anaknya. 

Tuesday 26 April 2016

ANAK CEREWET VS TELITI


Entri : 39

Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera ........

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya dan para sahabat.

Fikirkan yang baik. Berlapang dada. Berpendapat yang baik. Lakukan yang terbaik pada setiap hari. In Sha Allah, yang datang pun baik – baik. Allah  swt sentiasa memberi kemudahan, peluang dan jalan kepada kita untuk berubah jadi baik. Semoga Allah swt mempermudahkan semua urusan pembaca blog ini pada hari ini dan akan datang.

Jagalah hubungan kita dengan Allah swt. Perbanyakkanlah bacaan Al Quran, Zikir, selawat dan sedekah kerana itulah sumber keberkatan rezeki. Hubungan dengan ibubapa memainkan peranan yang penting. Doa ibubapa adalah mustajab untuk anak – anak.

Saya memiliki dua orang anak perempuan. Alhamdulillah, anak – anak adalah anugerah Allah swt yang terindah harus dijaga. Anak – anak  amanah Allah swt kepada kita sebagai ibubapa. Kita yang mencorakkannya. Anak – anak pula mempunyai karektar yang berbeza. Itulah kelebihannya. Macam itulah saya, terpaksa menangani anak – anak yang cerewet vs teliti. Adakalanya, memang hilang kesabaran. Kadang – kadang, ikut rentak dan permainan anak – anak yang cerewet vs teliti. Anak - anak akan lebih menghargai apabila kita mengikut kehendak atau memuaskan hatinya. Kita rasa perkara tersebut remeh tapi sebenarnya akan buat si anak rasa bahagia dan gembira. Anak sebenarnya meminta perhatian kita sebagai ibubapa. Itulah caranya. Anak tidak akan meminta sesuatu yang akan menyusahkan ibubapa tetapi pada pendapat dan fikiran ibubapa permintaan anak adalah terlalu sukar untuk ditunaikan. Kerana apa, sibuk memegang telefon, sedang menonton tv, dan membaca surat khabar.


Islam mengajarkan kita supaya teliti bermaksud cermat dan berhati – hati dalam melakukan setiap perkara. Cerewet ini pula bermaksud banyak cakap. Bak kata orang suka bersungut dan mencela. Ada saja perkara yang tidak puashati. Serba serbi tidak kena pada pandangan mata.

Sebenarnya, ada hikmah semuanya ini. Allah swt tahu, kita sebagai ibubapa boleh menangani anak - anak seperti ini. Cabaran ini yang akan menguji kesabaran ibubapa. Berdoalah semoga anak - anak ini akan menjadi cemerlang di dunia dan akhirat. Anak - anak hanya membesar sekali sahaja. Hargailah anak - anak ketika kita mempunyai masa untuk bersama mereka.

Saturday 2 April 2016

LUAHAN SEORANG ANAK



Entri 38

Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh........

Perkongsian kali ini menceritakan perihal seorang anak yang kerap melihat seorang ibu yang pulang lewat ke rumah. Bila tiba waktu petang untuk ibu pulang ke rumah tetapi pada waktu itu tidak kelihatan wajahnya. Lalu, anak kecil ini pun menelefon ibunya bertanya bila mahu balik. Ibu berkata, balik lewat sikit sebab kerja tidak habis lagi. Begitulah seterusnya. 

Tidak lama selepas itu, dia bertanya lagi. Tidakkah ibu mahu berhenti kerja untuk memberi ruang dan masa untuk anak ibu?. Ibu menjawab “ sabarlah wahai anakku. Belum tiba masanya lagi”. Dalam fikiran masih lagi memikirkan tentang hutang yang belum di bayar. Anak kecil mengangguk tanda faham.

Pada suatu hari, anak kecil ini beritahu bahawa dia amat merinduinya ibunya. Dia merinduinya saat dia pulang ke rumah ibunya ada untuk menyambut kepulangannya. Dia merindui saat makan bersama – sama dengan keluarga. Dia merindui saat solat berjemaah bersama – sama. Dia merindui untuk majlis ilmu bersama ibu di rumah. Itulah luahan seorang anak kepada ibunya. Lalu, mengalir airmata ibu mendengar luahan dan rintihan seorang anak. 

Mulai saat itu, ibu mula mencari pendapatan sampingan di rumah. Ketika itulah, ibu mula balik awal ke rumah. Dari pendapatan sampingan terus dijadikan pendapatan tetap tanpa ragu – ragu. Ibu begitu yakin dengan rezeki Allah swt. Ibu tidak pernah putus berdoa, solat dhuha  dan bersedekah. Ibu terus istiqomah. Rezeki ibu, sentiasa ada tidak putus – putus. Tidak lama selepas itu, ibu pun berhenti kerja.

LAMBAIAN KAABAH



Entri 37

Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh........
Alhamdulillah, dengan izin-nya saya berkesempatan menulis di blog ini.  Kali ini saya nak berkongsikan kisah dan cerita dari anak saya. Suatu hari, anak berumur 5 tahun selepas pulang dari sekolah terus mencari aku. Dia beritahu, nak pergi Mekah untuk melihat Kaabah dan Madinah untuk melihat Masjid Nabawi. Aku terus tersenyum dan berkata “ Insya Allah. Sabarlah, wahai anak syurga. Jika, rezeki kita telah tiba. Allah  swt akan menjemput kita untuk menjadi tetamuNYA. Marilah kita berdoa, semoga Allah perkenankan doa kita. Lalu ia senyum dan berlalu pergi tanda faham.”
Tiba – tiba, dia bertanya lagi. Bila boleh nak pergi Mekah?. Sabarlah sayang. Belum tiba lagi untuk kita pergi ke sana. Suatu hari, kita akan pergi ke sana juga. Cepat dan lambat, itu adalah urusan Allah swt. Kita yang merancang, Allah swt yang menentukan segala-galanya. Pujuk anak dan yakinkan kekuasan Allah swt.
Aku bercerita kepada dia, anak syurga ni beruntung kerana Allah swt dah nur kepada hati sayang anak syurga untuk menjejaki kaki ke Mekah. Ada oarng lain, banyak harta, duit tapi pintu hati tidak terbuka lagi untuk ke Mekah. Kita patut bersyukur kerana Allah swt memberi ingatan untuk kita merindui lambaian kaabah. Bukan angan kosong yang umi beritahu pada sayang tapi INSYAALLAH akan diusahakan.
Berceritalah kepada anak – anak kisah yang terdapat di dalam Al Quran. Berceritalah kepada anak – anak sirah dan perjuangan Islam. Tanamkan dalam diri anak – anak mencintai Al Quran. Berilah masa dan ruang kita sebagai ibubapa kepada anak yang bermanfaat. Anak hanya membesar sekali dalam seumur hidup. Zaman kanak – kanak tidak boleh diulangi.