Entri 40
Penulis : Ainorhidayah
Binti Zulkipli
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera ........
Kali ini, saya nak masuk tajuk persekolahan anak – anak. Anak
saya selalu cakap dia penat ke sekolah. Hari – hari kena bangun awal pergi
sekolah. Balik sekolah tengahari, makan kemudian pergi sekolah agama pula. Petang
pula, balik dari sekolah agama rehat sekejap dan kemudian mandi. Selepas itu,
makan malam. Solat berjemaah dan membaca al quran atau hadith. Sambung pula, buat kerja sekolah sampai tertidur di buku. Itulah
rutin harian anak saya. Hari – hari dia merungut tidak mahu pergi ke sekolah.
Saya pujuk dia. Allah swt sudah beri kesihatan yang baik kepada
kita. Berbanding yang insan lain yang tidak ada peluang untuk ke sekolah. Kita bersyukur
kerana hari ini masih lagi bernafas untuk teruskan hidup ini untuk mencari ilmu
dunia dan akhirat. Boleh berjumpa dengan kawan – kawan dan berbakti kepada
kedua ibubapa dan guru serta mengormati orang lain. Kita tidak pernah terfikir
tentang insan OKU. Allah swt uji mereka dengan ketiadaan fizikal yang sempurna
tetapi mereka sabar dan redha dengan janji Allah swt. Kalau mereka sempurna
seperti orang lain, teramat bahagia dan gembira serta syukur kerana dapat
membantu orang lain dan mencari ilmu pengetahuan. Allah swt sudah bagi kita
cukup sifat kita kena menghargainya.
Ilmu yang diperolehi pada hari ini disekolah tidak akan diulang
semula oleh guru. Betapa rugi kita pada hari tersebut kerana tidak rebut ilmu. Sehingga
akhir hayat pun ilmu wajib dituntut. Saya bacakan maksud surah yang berkaitan
menuntut ilmu. Ilmu ini akan jadi benteng dan pelindung kepada kita pada masa
akan datang. Hanya ilmu akan membezakan kita dengan orang lain. Dengan ilmu
orang akan menghormati kita.
Akhir sekali, biar kita letih dan penat dari sekarang menuntut
ilmu. Kecapi kemanisan kejayaan akan terhasil pada masa akan datang sekiranya
kita berusaha dan bersungguh – sungguh. Mohon doa kepada Allah swt selalu agar diberkati
dan dirahmati. Nasihat orang yang lebih tua harus dijadikan panduan. Kita akan
menyesal suatu hari nanti kerana tidak belajar bersungguh – sungguh. Jangan anggap
ini sebagai satu bebanan tapi anggaplan ia sebagai amanah Allah swt di muka bumi
ini. Cabaran sekarang amat mencabar sekiranya kita tidak mempunyai ilmu
pengetahuan. Doa ibubapa akan sentiasa mengiringi perjalanan kehidupan anak –
anaknya.
No comments:
Post a Comment