Pages

Tuesday 26 April 2016

ANAK CEREWET VS TELITI


Entri : 39

Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera ........

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya dan para sahabat.

Fikirkan yang baik. Berlapang dada. Berpendapat yang baik. Lakukan yang terbaik pada setiap hari. In Sha Allah, yang datang pun baik – baik. Allah  swt sentiasa memberi kemudahan, peluang dan jalan kepada kita untuk berubah jadi baik. Semoga Allah swt mempermudahkan semua urusan pembaca blog ini pada hari ini dan akan datang.

Jagalah hubungan kita dengan Allah swt. Perbanyakkanlah bacaan Al Quran, Zikir, selawat dan sedekah kerana itulah sumber keberkatan rezeki. Hubungan dengan ibubapa memainkan peranan yang penting. Doa ibubapa adalah mustajab untuk anak – anak.

Saya memiliki dua orang anak perempuan. Alhamdulillah, anak – anak adalah anugerah Allah swt yang terindah harus dijaga. Anak – anak  amanah Allah swt kepada kita sebagai ibubapa. Kita yang mencorakkannya. Anak – anak pula mempunyai karektar yang berbeza. Itulah kelebihannya. Macam itulah saya, terpaksa menangani anak – anak yang cerewet vs teliti. Adakalanya, memang hilang kesabaran. Kadang – kadang, ikut rentak dan permainan anak – anak yang cerewet vs teliti. Anak - anak akan lebih menghargai apabila kita mengikut kehendak atau memuaskan hatinya. Kita rasa perkara tersebut remeh tapi sebenarnya akan buat si anak rasa bahagia dan gembira. Anak sebenarnya meminta perhatian kita sebagai ibubapa. Itulah caranya. Anak tidak akan meminta sesuatu yang akan menyusahkan ibubapa tetapi pada pendapat dan fikiran ibubapa permintaan anak adalah terlalu sukar untuk ditunaikan. Kerana apa, sibuk memegang telefon, sedang menonton tv, dan membaca surat khabar.


Islam mengajarkan kita supaya teliti bermaksud cermat dan berhati – hati dalam melakukan setiap perkara. Cerewet ini pula bermaksud banyak cakap. Bak kata orang suka bersungut dan mencela. Ada saja perkara yang tidak puashati. Serba serbi tidak kena pada pandangan mata.

Sebenarnya, ada hikmah semuanya ini. Allah swt tahu, kita sebagai ibubapa boleh menangani anak - anak seperti ini. Cabaran ini yang akan menguji kesabaran ibubapa. Berdoalah semoga anak - anak ini akan menjadi cemerlang di dunia dan akhirat. Anak - anak hanya membesar sekali sahaja. Hargailah anak - anak ketika kita mempunyai masa untuk bersama mereka.

No comments:

Post a Comment