Entri 37
Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh........
Alhamdulillah, dengan izin-nya
saya berkesempatan menulis di blog ini. Kali
ini saya nak berkongsikan kisah dan cerita dari anak saya. Suatu hari, anak
berumur 5 tahun selepas pulang dari sekolah terus mencari aku. Dia beritahu,
nak pergi Mekah untuk melihat Kaabah dan Madinah untuk melihat Masjid Nabawi. Aku
terus tersenyum dan berkata “ Insya Allah. Sabarlah, wahai anak syurga. Jika,
rezeki kita telah tiba. Allah swt akan
menjemput kita untuk menjadi tetamuNYA. Marilah kita berdoa, semoga Allah
perkenankan doa kita. Lalu ia senyum dan berlalu pergi tanda faham.”
Tiba – tiba, dia bertanya lagi. Bila boleh
nak pergi Mekah?. Sabarlah sayang. Belum tiba lagi untuk kita pergi ke sana.
Suatu hari, kita akan pergi ke sana juga. Cepat dan lambat, itu adalah urusan
Allah swt. Kita yang merancang, Allah swt yang menentukan segala-galanya. Pujuk
anak dan yakinkan kekuasan Allah swt.
Aku bercerita kepada dia, anak syurga ni
beruntung kerana Allah swt dah nur kepada hati sayang anak syurga untuk
menjejaki kaki ke Mekah. Ada oarng lain, banyak harta, duit tapi pintu hati
tidak terbuka lagi untuk ke Mekah. Kita patut bersyukur kerana Allah swt
memberi ingatan untuk kita merindui lambaian kaabah. Bukan angan kosong yang
umi beritahu pada sayang tapi INSYAALLAH akan diusahakan.
Berceritalah kepada anak – anak kisah yang
terdapat di dalam Al Quran. Berceritalah kepada anak – anak sirah dan
perjuangan Islam. Tanamkan dalam diri anak – anak mencintai Al Quran. Berilah
masa dan ruang kita sebagai ibubapa kepada anak yang bermanfaat. Anak hanya
membesar sekali dalam seumur hidup. Zaman kanak – kanak tidak boleh diulangi.
No comments:
Post a Comment