Pages

Monday 25 January 2016

PENGALAMAN SAKIT GIGI GERAHAM

Entri 28

Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Sakit gigi? Itulah yang dirasai. Apa? Takut? Sakit? Itulah yang keluar dari kotak fikiran. Hhhuurrrmm, bila sakit, hilang wajah keceriaan. Makan tidak berselera, apatah lagi nak bercakap. Terpaksa abaikan segala aktiviti yang hendak dijalankan. Sekejap saja allah nak ambil nikmat kesihatan. Jadi, kita bersyukurlah sekiranya allah memberi kesihatan yang baik.

Arrgghh, sakitnya gigi. Nak kunyah pun susah buka mulut pun susah nak makan. Suatu hari, pergi ke klinik pergigian dr smile bandar sri permaisuri. Doktor pun tengokla gigi yang sakit. Doktor cakap dengan pesakit  lemah lembut dan penuh sopan. Doktor maklum tidak boleh cabut sebab sudah jangkitan kuman dan suruh makan ubat antibiotik kena habiskan. Selang tiga hari datang lagi, kali ni doktor lelaki. Entahlah, memang sakit ke? Takut ke? Doktor dah tengok, akhirnya tangguh lagi sebab sakit bercampur takut. Sambung temujanji lain pula, kali doktor wanita. Doktor memang baik. Guna psikologi untuk tenangkan pesakit. Kali ini, gagal lagi. Setakat bius, apabila doktor player je dah rasa takut. Doktor cakap, awak balik dulu cari ketenangan dan keberanian untuk cabut gigi. Di rumah, search la di google. Jawapan yang ditemui hanya cabut gigi jalan yang terbaik.

 Kali ini datang semula jumpa doktor. Sebelum keluar rumah, saya solat dulu semoga allah permudahkan segala urusan.  Mulut terkumat kamit membaca doa, selawat, zikir semoga kali ini berjalan dengan lancar. Sampai di klinik pun mulut masih terkumat kamit membaca doa, selawat, zikir. Ada rasa sesuatu kekuatan yang datang. Masuk dalam jumpa doktor gigi wanita. Kali ini bius, banyak tempat kena suntik. Kali lebih tenang tidak macam tempoh hari. 

Sebenarnya, cabut gigi memang tidak sakit. Yang membuat sakit ialah apabila takut bercampur dengan sakit. Sakit hanya terasa apabila tekanan gerakan gigi sahaja. Tidak lama selepas itu, dengan mudah gigi dah pun cabut. Dengar jugalah bunyi "krekk, krekk". Doktor pun cakap sudah siap. Rupanya, cabut gigi tidak lama pun. Seminit pun tidak sampai sekiranya beri kerjasama kepada doktor.

Keseluruhannya, kita kena yakin, jangan takut dan berdoa kepada allah. Berserah kepada allah setelah apa yang diusahakan.


KITA BERPISAH KERANA ALLAH


Entri :  27

Penulisan : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Apa yang membuatkan kita bahagia dalam kehidupan berumah tangga ialah anak. Anak yang memberi cahaya dalam kehidupan ibu bapa. Ibu bapa orang paling bahagia jika mempunyai anak. Bagi pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata, bersabar, rezeki anda akan tiba

Anak - anak  mempunyai 
 karektar yang berlainan.  Mempunyai kelebihan sendiri. Semua itu adalah anugerah dari allah swt.  Cara didikan dan asuhan ibubapa menentukan corak kehidupan anak - anak. Hargailah setiap detik dan masa bersama anak. Anak hanya membesar sekali saja dalam kehidupan. Masa tidak akan kembali lagi. Ruangkan masa dan waktu bersama anak. Selamilah perasaan dan kasih sayang 

Memori melihat gelagat dan  senyuman anak, tidak akan pernah luput dalam ingatan ibu bapa. Saat anak menangis ketika sakit dan kehendak tidak dituruti ketika itu, betul - betul menguji kesabaran. Saat anak menyepahkan rumah, makan sisa makanan bertaburan. Itulah asas perkembangan anak - anak. Dinding di lukis dengan pelbagai lukisan. Anak - anak tidak memahami apabila kita memarahi dia. Kehidupan anak - anak terlalu gembira tidak boleh dinilai. 


Saat anak berjauhan dengan ibubapa, kerinduaan pula bertandang. Hanya kerisauan menyelubungi diri. Kepada allah aku berserah dan memohon perlindungan anak - anakku. Kita berpisah kerana allah dan kita bertemu kembali kerana allah. 




NIAT KERANA ALLAH

Entri 26

Penulisan : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Sekadar perkongsian saja. Seorang sahabat berasal dari sebuah keluarga yang miskin. Ibu bapa pun telah meninggal dunia. Adik - dik semua dihantar ke madrasah. Sahabat ni seorang saja yang bekerja dan menggalas tanggunjawab keluarga. Oleh kerana tiada kemampuan dan pendidikan pun tidak berapa tinggi, pekerjaan apa yang boleh dilakukan. Oleh kerana kesempitan hidup, makanpun hanya sekali saja dan itupun berkongsi dengan kawan. Besar pengorbanan seorang abang dan kawan. Dia pula, sanggup mengenepikan hasrat dan keperluan diri untuk membantu di madrasah. Dia sedang menyimpan duit untuk membelikan sebuah telefon bimbit untuk adiknya bagi kemudahan mendengar ayat - ayat al quran sebagai hafazan. Saat itu, menitis air mata. Hanya allah saya yang tahu, apa yang dialami olehnya.

Apa yang berlaku kepada sahabat, membuatkan saya jauh termenung berfikir. Saat kita dilimpahkan dengan kemewahan makanan, ada saudara seagama kita yang berlapar. Saat anak - anak diberikan telefon bimbit, apakah kita kemana kegunaan telefon bimbit tersebut. Disaat kita gembira, ada insan yang menjalani liku - liku kehidupan dengan kesusahan. Bersabar wahai sahabat, allah sentiasa bersamamu. Ujian yang allah hanya sementara di dunia ini. 

Umumnya, setiap apa yang dilakukan sebuah pengorbanan, kecekalan, kegigihan, kesabaran akan terungkai dan terjawab dengan sebuah kejayaan. Yakinlah, dengan kekuasaan allah. Akhirnya, sahabat telah memberitahu bahawa seorang makcik telah memberi hadiah telefon bimbit itu kepadanya dan diserahkan kepada adiknya. Makcik berpesan, semoga sahabat dan adiknya mendoakan kesejahteraan makcik. Saya melihat wajahnya, betapa gembiranya bila kita  kita niat menolong orang, allah akan mudahkan urusan kita.




MENGHARGAI PERSAHABATAN

Entri 25

Penulisan : Ainorhidayah Binti zZulkipli

Assalamualaikum......

Apa khabar kepada semua pembaca? Besarlah harapan saya, semoga para pembaca sihat walafiat. Semoga apa yang dilakukan pada hari ini dapat keberkatan dari allah swt. Dari allah kita datang, dari dia jua kita pergi. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah sebuah kehidupan.

Zaman persekolahan telah lama ditinggalkan. Saat susah dan senang bersama seorang sahabat tidak dapat dilupakan. Apa tidaknya, apabila sahabat tidak mencukupi wang untuk makan. Kita yang ada rezeki lebih waktu itu, berkongsi makanan dalam satu pinggan. Bertengkar apabila perselisihan pendapat, kena denda dengan cikgu dan sebagainya. Semua itu, sudah lama berlalu. Hanyalah tinggal kenangan.


Ketika ini, hanya doa dikirimkan semoga sahabat dimurahkan rezeki dan menjadi seorang hamba yang bertaqwa. Buat seketika, setelah sekian lama menyepi ukhwah terjalin. Dengan pelbagai cara, teknologi yang canggih menyambung silaturrahim memang amat mudah. Semoga ukhwah yang terjalin, tidak akan putus separuh jalan. Semoga allah memberkati ikatan persahabatan terjalin.



Monday 11 January 2016

BERKORBAN MASA UNTUK ANAK

Entri 24

Penulisan : Ainorhidayah binti Zulkipli

Saya bukanlah bagus sangat berbanding dengan mereka yang jauh lebih pengalaman tapi sekadar perkongsian sahaja. Cabaran dalam membantu anak dalam pelajaran memang agak mencabar pada masa kini.

Sekiranya ibubapa dari golongan lulusan graduan,kira baguslah tapi dari ibubapa yang belajar hanya spm sahaja banyak perkara yang perlu yang dipelajari dan dibaiki. Bukan mudah sebenarnya tapi kita sebagai ibubapa mempunyai azam juang yang tinggi, semangat dan tidak berputus asa itulah sebenarnya akar umbi kekuatan kita dalam membantu pembelajaran anak - anak.

Sebenarnya kerja sekolah bukan pada anak - anak tapi kerja sekolah ibubapa. Selalunya,  tiada kerja sekolah dari cikgu. Cikgu akan minta murid - murid siapkan di sekolah. Oleh kerana tiada kecukupan masa murid, kerja tersebut sambung di rumah. Jadilah, kerja rumah. 

Pada permulaan, tanya anak - anak ada kerja sekolah ataupun tidak. Sama - sama bantu dan duduk di sebelah anak apabila pembelajaran dan semakan buku oleh ibubapa. Keperluan asas dan peralatan pelajaran adalah salah satu keseronokkan untuk anak - anak belajar. Tanya hal - hal persekolahan, kawan dan guru. Salah satu daya tarikan untuk anak bercerita. Dalam masa yang sama, tanya dengan guru sikap anak - anak dalam membantu proses pembelajaran.

Saya sudah dengar dan melihat, ibubapa yang berkorban masa dengan pelajaran anak. In sha allah, pada hujung tahun, markah ujian peperiksaan akan memuaskan di samping buku - buku tambahan sebagai rujukan dan doa ibubapa dan guru. 





PEMILIHAN SEKOLAH TADIKA



Entri 23

Penulisan : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Bismillahirrahmanirrahim.....

Apa khabar pembaca semua? Saya harap para pembaca sihat walafiat di samping insan tersayang. Lakukanlah apa cara sekalipun, jangan membelakangkan perintah allah swt. Carilah rezeki untuk keluarga yang halal dan berkat. Itu yang penting. In sha allah. Semoga allah swt permudahkan semua urusan anda. Sabarlah, cepat dan lambat pasti allah swt akan makbulkan doa kita. Yakinlah dengan apa yang kita lakukan. Niatlah kerana allah swt.

Saya sebagai ibu muda, tiada pengalaman hanya mendengar dari kawan - kawan bercerita. Samaada kita sebagai ibubapa yang tidak mempunyai ilmu atau sebaliknya. Pemilihan sekolah tadika biarlah ikut kemampuan kita sendiri. Jangan terlalu ikut orang, memilih populariti semata - mata. Anak - anak dihantar sekolah mana - mana pun adalah sama. Bezanya ialah sokongan diri sendiri, pasangan, berkorban masa dan berpengetahuan dalam ilmu perkembangan awal kanak - kanak. 

Banyak bahan ilmiah yang boleh diperolehi pada zaman sekarang ini. Tidak susah seperti dulu. Ibubapa perlu banyakkan masa belajar  dengan anak - anak. Ibubapa yang sanggup luangkan masa bersama anak, in sha allah. Ada kemajuan. Proses pembelajaran anak - anak bermula dari peringkat bawah dan bermula dari rumah. Keseluruhannya, anak - anak dihantar sekolah mana - mana pun adalah pilihan ibubapa. Ibubapalah yang akan mencorakkan perkembangan awal kanak - kanak. 

Tuesday 5 January 2016

BERUBAH

Entri 22

Penulisan : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Kalau kita inginkan perubahan, berubahlah dari sekarang. Perubahan bermula dari mencuba dan kegagalan. Manusia tidak dilahirkan untuk gagal. Kaya miskin, susah senang adalah pilihan kita sendiri. Kita yang mampu mengubahnya. 


Jangan takut untuk melangkah ke hadapan. Kejayaan sedang menunggu di hadapan. Adat bagi orang yang nak berjaya, pasti menemui kesulitan dan kesusahan. Berusahalah jika mahu impian terlaksana.




SAAT DI UJI

Entri 21

Penulisan : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Bila kita di uji, saat itulah kerisauan dan  kebimbangan datang. Tanpa di duga fikiran mula bercelaru.
Dimanakah hati kita di saat itu?Ingatlah setiap detik, setiap saat allah swt bersama kita. Dongaklah ke langit, lihatlah kebesaran pencipta. Ada insan lain yang allah swt uji lebih dari kita.

Bukan sebenarnya tapi  kekuatan hati, mental dan fizikal yang dipertaruhkan. Jika kita tidak bangkit dari kegagalan selama - lamanya kita akan jatuh tersungkur dan gagal. Jika kita ambil iktibar pada kegagalan yang lalu, kita fikir masa depan dan keluarga. Kita akan bangkit dengan lebih baik kali dan berhati hati setiap langkah yang diambil.


Kebangkitan inilah yang akan membuat kita berjaya. Keazaman inilah yang mebuat kita lebih tekad dan gigih. Kecekalan inilah mebuat kita lebih tabah dan sabar. Kejayaan inilah membuat kita lebih haus untuk mengejar dan mengecapi kejayaan demi kejayaan.


AKU AKAN BERJAYA

Entri 20

Penulisan : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Tinggalkan kegagalan, tinggalkan kekecewaan, tinggalkan dukacita yang pernah membuatkan kita jatuh tersungkur.  Jangan pernah kata penat, jangan ada kata malas, ucapkan aku akan berjaya suatu hari nanti seperti mereka yang telah berjaya mendahuluiku.


HARI TERBAIK

ENTRI 19

PENULISAN : AINORHIDAYAH BINTI ZULKIPLI

Hari terbaik adalah hari dimana kita berjaya membuat seseorang tersenyum dengan keikhlasan kita membantu seseorang menyelesaikan masalahnya.