Pages

Sunday 27 December 2015

ESOK MILIK KITA

ENTRI 18

PENULISAN : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Esok adalah milik kita. Siapa tahu usaha hari ini, semangat hari ini. Kesungguhan hari ini, mendatangkan kejayaan. Rezeki allah swt, tiada siapa yang tahu. 

KEJAYAAN ITU PASTI MILIK KITA

ENTRI 17

PENULISAN : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Sebenarnya apa yang kita nak? Jika gagal, diamkan diri. Jika berjaya, carilah jalan menuju kejayaan. Bagaimana? Usaha, tawakal, ikhtiar dan doa. Yakin setiap langkah dimulai dengan niat  tanpa menoleh ke belakang. Percayalah, kejayaan itu pasti milik kita

Tuesday 15 December 2015

NATIONAL GEOGRAPHIC

ENTRI 16

PENULISAN : AINORHIDAYAH BINTI ZULKIPLI

Assalamualaikum...


Saya nak berkongsi cerita tentang anak sulung saya ini. Dia memang gemar menonton rancangan national geographic  tapi berkaitan dengan haiwan sahaja. Kalau bencana memang kurang. Sekiranya dia duduk depan tv, tiada ruang dan pilihan orang lain tengok cerita lain. Oleh kerana anak sudah minat, saya memberi dorongan. Tidak rugi sekiranya anak menambah ilmu pengetahuannya. Di rumah, buku - buku yang berkaitan ekologi, ekosistem dan berkaitan yang boleh memberangsangkan minda secara optimis.

Sunday 13 December 2015

CIRI - CIRI KAMBING

ENTRI 15

PENULISAN : AINORHIDAYAH BINTI ZULKIPLI
GAMBAR  :  CARIAN GOOGLE

Assalamualaikum...



Seperti yang saya maklum pada entri yang lalu, saya akan kongsikan serba sedikit ciri - ciri dan latar belakang kambing. Kerana masa yang sibuk, saya ruangkan sedikit waktu ni, untuk berkongsi maklumat dan ilmu.

Wednesday 9 December 2015

MOTIVASI

ENTRI 14

PENULISAN : AINORHIDAYAH ZULKIPLI


Bagaimana nak memulakan ? Aku mula memikirkan.  Lama juga. Tapi, bagaimana harus aku memulakan langkah seterusnya? Aku mula mencari maklumat. Kisah kejayaan usahawan seorang penternak. Diari seorang penternak. Pengalaman usahawan ternakan memulakan perniagaan dari mula sehingga berjaya. Motivasi membakar semangat, mencari dimana perlu dapatkan pendedahan sebagai seorang usahawan penternak yang berjaya dan membuat lawatan ke ladang - ladang supaya lebih memahami lagi.

Akhirnya, aku mula berfikir. Bukan semua orang akan berkongsi ilmu dengan kita. Mesti ada sikit - sikit yang disembunyikan. Lalu, aku cuba untuk meneroka dalam bidang penternakan walaupun sedar tiada pengalaman, tiada kemahiran dan tiada pengetahuan. Banyak risiko yang akan tanggung. Apa orang cakap, bidang terjun. Tapi, lama - lama, aku faham sendiri.



Hanya orang yang biasa rasa kesusahan sahaja aku mengetahui segala - galanya. Kita akan tahu pahit manis dalam perniagaan. Kita akan belajar, dari kegagalan yang lalu apabila semuanya berlaku dalam hidup kita.

SEDIH

ENTRI 13

PENULISAN : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikum.....

Apa lagi nak di kata, jika tiada rezeki kita pada hari ini, allah swt nak uji kita. Bila rezeki kita sudah ada, kongsilah rezeki dengan orang lain. Belum tiba masa lagi, masih lagi ada kekurangan. Hari ini, aku dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan. Saat yang aku tunggu, akhirnya sudah tiba. Tapi tulah, dinamakan tiada rezeki. Kambing yang bunting telah mati kerana susah untuk melahirkan anak.sedih rasanya, hanya allah yang saja yang tahu.

Faktornya, mungkin kurang berjalan dan makanan kurang nutrisi. In sha allah, saya akan cuba baiki lagi apa yang kurang dalam ternakan kambing. Kena pastikan makanan kambing yang berkhasiat, ruang persekitaran yang selesa dan dapatkan rawatan dari doktor veteriner.


Tuesday 8 December 2015

RUMPUT NAPIER


ENTRI 12

PENULISAN : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim......

Kali ini, perancangan penanaman napier untuk makanan kambing. Rancang, penyediaan,atur jadual dan pelaksanaan. Mencari maklumat tentang jenis - jenis napier dan cara menanam. Faktor geografi di sesuatu kawasan. Ok, kita memang sudah ada tanah atas nama sendiri. Itu sudah kira bagus. Bagi mereka yang tidak mempunyai tanah, harus mencari dan menyewa tanah tersebut. Setiap apa yang kita buat dan beli, hendaklah direkodkan dan mempunyai fail sendiri. Sekiranya, tanah tadi adalah sewa, dokumen perjanjian hendaklah diwujudkan supaya tidak ada apa  - apa hal yang lain berbangkit. Walaupun kita beli biji benih, hendaklah direkodkan. Kita boleh buat kajian sendiri, cara bagaimana kita memulakan tanaman napier. Kepada pembaca, sebelum membuat sesuatu perkara, hendaklah mencari maklumat terperinci. 


Monday 7 December 2015

SEJARAH

ENTRI 11

PENULISAN : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Sejarah perjalanan dan perkembangan perusahaan kambing ni, adakalanya suka dan duka.

Pada bulan oktober 2013

- Beli 3 ekor kambing ( 1 jantan jamnapari, 1 ekor kambing betina bunting boer, 1
  ekor anak betina  Jamnapari)
- Belang beberapa bulan, kambing bunting dah beranak (kembar 2 ekor)
- Ibu kambing dapat bertahan lebih kurang 2 minggu (mungkin kurang nutrien dan susu membengkak)
- Anak kambing seekor dapat bertahan lebih kurang seminggu sahaja kerana tidak dapat susu ibu    
  Dengan secukupnya
- Anak kambing seekor lagi dapat bertahan lebih kurang 3 bulan sahaja kerana tidak dapat zat yang  
  Seimbang dan campur dengan susu tepung (pengalaman susukan anak kambing dengan botol,  
  Memang menyeronokkan).
- Anak kambing betina jamnapari dan besar. Akhirnya, bunting.
- Rezeki kami belum tiba lagi. Ujian datang sekali lagi.
- Kambing yang bunting tadi telah beranak. Kambing tidak sihat dan tidak boleh bangun selepas    
  Beranak. Pelbagai cara dan teknik kami usahakan. Akhirnya mati. Anak kambing pun tidak berapa sihat   dan akhirnya mati.

Pada bulan mac 2014

Pengalaman yang lalu banyak mengajar kami bagaimana penjagaan dan rawatan yang sempurna dapat membantu meningkatkan kualiti perusahaan dan ternakan kambing

- Kami tidak berputus asa. Kami cuba lagi. Kali ni, beli 1 jantan boer, 1 betina boer ,2 betina jamnapari.
- alhamdulillah, kali ini kami lebih prihatin berkaitan makanan, nutrisinya, penjagaan dan perawatan 
  Kehidupan kambing. Malah, kambing - kambing betina bunting dan beranak. Semuanya sihat.


Pada bulan januari 2015

- kami beli kambing, 1 ekor jantan jenis boer , selebihnya semuanya dah kacuk.
- sehingga hari ini, kambing dah banyak tapi kami masih memerlukan ruang dan masa untuk bersama   
   Dengan kambing . 
.







Saturday 5 December 2015

JENIS KAMBING


ENTRI 10

PENULISAN : AINORHIDAYAH BINTI ZULKIPLI
GAMBAR    :  CARIAN DI GOOGLE

Assalamualaikum...

Hari ini kita berjumpa lagi dalam blog ini. Hari ini, saya nak kongsikan serba sedikit jenis -jenis kambing. In shaa allah, catatan akan datang kita belajar mengetahui ciri - ciri kambing. Oleh kerana bukan semua kambing yang saya ternak, ada maklumat saya ambil dari bacaan. Bagaimana pengalaman, ilmu pengetahuan dan kemahiran digabungkan meningkatkan produktiviti kita

Friday 4 December 2015

KANDANG KAMBING

ENTRI 9

PENULISAN : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Pada asalnya, aku orang bandar. Orang bandar tahu apa pasal bab - bab kambing. Tahu pun, dengan bacaan dan dengar orang bercerita. Kalau nak beli daging kambing, cari di pasar. Kalau nak yang dah siap masak, cari kat kedai makan atau gerai. 

assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim

Sebagaimana allah swt telah menurunkan surah an'am yang memberi maksud binatang ternak.
Sebagaimana allah swt telah menurunkan surah adh-dhuha yang memberi maksud (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. Dalam al quran telah menceritakan segala - galanya. Bila kita bekerja sendiri, kita kena jaga hubungan kita dengan allah swt. Sumber pendapatan kita, adalah usaha kita sendiri. Kita rajin, usaha, sabar  dan berserah segala - galanya pada allah swt, in shaa allah, kejayaan akan jadi milik kita.

Setelah sekian lama, akhirnya aku dan suami bercadang buat kandang baru dan besarkan kandang kambing. Untuk sementara waktu,kandang baru  boleh diletakkan anggaran 20 ekor sehingga 40 ekor memandangkan ekonomi terhad pada waktu itu.  Inilah perbezaan kandang lama dan baru. Kandang kambing yang baru masih lagi dalam proses pembinaan kerana musim tengkujuh di kampung halamanku. Oleh kerana modal yang terhad, pembinaan kandang kambing yang baru dilakukan oleh suamiku sendiri. Ha, tugas aku apa lagi, jadi tukang memerhati dan hidang air sajalah. Aku membantu jugalah, setakat susun batu.

Baru aku tahu, betapa penatnya kerja - kerja kontraktor binaan ni. Tapi yang penting hasilnya lumayan walaupun kena bersusah dari sekarang.








 
Kandang baru yang masih dalam pembinaan
Kandang yang lama

Wednesday 2 December 2015

KAMBING DAH BUNTING





ENTRI 8

PENULISAN : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikumwarahmatullah.

Bersyukur sangat pada hari ini, dapat sedikit waktu untuk update entri di blog. Terasa rajin pula hari ini. Saya suka guna dialog dalam blog. Ringkasnya:

" Ateh, kambing dah bunting ni", ujar adik.
" Mana kau tahu kambing ni dah bunting", tanya ateh.
" Aku tahu la, perut dia sebelah kanan besar. Selera makan pun bertambah.  Di belakang tu pun keluar        cecair kekuningan.  Nampak ada perubahan dengan kambing lain. Kambing ni rileks jer dan suka            mengesel badan ke dinding kandang", jawab adik.
" Mu biar betul. Kita tengok sikit hari lagi', jawab ateh.


Beberapa minggu sudah berlalu, memang betul kambing dah bunting. Serba sedikit aku sudah dapat mengetahui ciri - ciri sekirannya kambing sudah bunting. Penggembaraan aku dalam mencari ilmu berkaitan kambing masih lagi diteruskan. Mengikut peredaran masa, teknologi terkini banyak membantu dan memainkan peranan penting dalam industri ternakan.

PENGALAMAN


ENTRI 7

PENULISAN : Ainorhidayah Binti Zulkipli


Memang betul, aku pun tiada pengalaman tapi lama - lama bila aku belajar, baru tahu. Aku tengok jugalah kambing ni. Ingat biasa jer tapi kambing ni pun ada jenis - jenis. Selalu aku jumpa kambing pun, kambing jenis kampung sebab balik kampung. Kambing ada kategori pedaging dan tenusu. Ada beberapa jenis kambing yang terdapat di malaysia. Antaranya kambing jenis boer, jamnapari, katjang, saanen dan sebagianya. 

Buat permulaan, modal pun kecil, jadi aku mula secara kecil - kecilan. Kandang kambing pun guna dari kayu yang terpakai yang masih kukuh. Aku fikir belum ada rezeki lagi.  Aku beli kambing boer dan jamnapari sebagai baka dan ternakan. Kambing tersebut langsung tidak pernah di jual. Perancangan, bagi kambing besar sikit. Bila kambing bunting, rezeki namanya. Penjagaan dan pengasingan kambing perlu dilakukan. Cari modal lagi, upgrade kandang kambing untuk ibu kambing yang sedang bunting. Bila dah bunting, makanan pun bertambah. Kambing mudah berjangkit sekiranya tiada kawalan penjagaan. Kambing jantan, betina, ibu bunting dan yang sakit semua diasingkan.


In sha allah, saya akan update  maklumat berkaitan ciri - ciri kambing pula.


JODOH

ENTRI 6

PENULISAN : Ainorhidayah Binti Zulkipli



Kali aku tulis cerita berkaitan kambing tapi bukan perniagaan, lebih kepada penulisan. Bagaimana dari ternakan kambing ini, boleh menyara keluarga dan membantu oarng lain.

Cerita bermula begini:

Suatu hari, emak telah dimasukkan ke wad akibat serangan jantung. Macam biasa, selepas habis kerja waktu petang, aku pergilah menziarah emak di wad. Aku bawakan sedikit makanan kegemaran emak untuk dijamah. Almaklumlah, tinggal di hospital makanan bukan sedap, katanya emak. Sudah - sudah orang yang melawat tolong habiskan. Tiba di wad, aku terus mencium emak tanda rindu dan sayang kepada emak. Dah lama tidak rasa pelukan seorang emak. Aku bergurau senda dengan emak dan bercerita perkhabaran dari jiran - jiran dirumah. Kemudian. Aku telah disapa oleh jururawat bertugas untuk keluar sebentar kerana doktor akan merawat emak. Lalu, aku pun beredar. 

Aku tunggu di luar wad (koridor). Di situ ada kerusi lalu aku pun duduk. Dari sudut pandangan aku, terlihat seorang wanita muda, sedang asyik membaca surah - surah di dalam al quran tanpa berhenti. Dengan kelembutan dan keayuan wajahnya, aku mula terpegun. Aku hanya melihat dari jauh dan tertanya - tanya, siapakah dia. Aku semakin kagum. Dalam hati berbisik,bolehkah aku mengenalinya dengan lebih dekat. Nak berkenalan tapi malu. Aku mula berfikir. Aku tertanya, siapakah yang dia ziarah di hospital ini?.

Aku mula menyiasat. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Rupa - rupanya, dia menziarah ayahnya yang telah lama dimasukkan ke wad. Padahal, memang tidak kenal langsung tapi persaudaraan islam aku teruskan jua ukhwah ini. Aku menziarah dan berkenalan dengan bapanya. Tidak lama selepas itu, emak dan ayah wanita tersebut pun telah keluar dari wad. Kami pun bertukar alamat dan nombor telefon dengan ayah wanita tersebut. Dia membahasakan diri pakcik ahmad dan memperkenalkan anak wanitanya kepada emak yang bernama sumaiyah. 

Rasa rindu mula bertaut di hati. Rindu dengan suara merdu ketika membaca ayat - ayat suci al quran. Keinginan untuk berjumpa, semakin kuat. Aku memulakan langkah, aku buat solat hajat, tahajjud. Semoga allah swt memudahkan segala urusanku. Aku mula menelefon pakcik ahmad untuk betandang ke rumahnya. Pakcik ahmad memang mengalu - alukan kehadiranku. Aku semakin berdebar - berdebar.

Setibanya di rumah pakcik ahmad. Aku diperkenalkan dengan seluruh ahli keluarganya. Berderau jugalah, bila dapat tahu kesemuanya anaknya adalah penghafaz al quran. Rupa -rupanya pakcik ahmad ialah seorang ustaz. Subhanallah. Keajaiban apa yang nak diberikan. Aku mula bercerita tentang keluargaku kepada pakcik ahmad. Pekerjaanku hanyalah ternakan kambing sahaja. Masa pun berlalu dengan begitu pantas. Aku bertandang lagi ke rumah pakcik ahmad. 

Kali ini aku benar - benar dan jujur dengan pakcik ahmad. '' pakcik, saya ada sesuatu nak beritahu pada pakcik", ujar aku. 
'' apa dia, nak", kata pakcik ahmad.
'' sebenarnya, saya suka pada anak pakcik. Namanya sumaiyah. Saya ikhlas dan bersungguh - sungguh nak jadikan anak pakcik sebagai isteri saya yang sah'', jawab aku.
''Eerrmm, pakcik kena bertanya pada tuan badan dulu. Kamu tunggu sebentar'', jawab pakcik.
Lama jugalah aku tunggu dan baru pakcik keluar.
" anak pakcik tiada apa - apa masalah, dia ok saja tapi ada syara. Ini adalah permintaan beliau sendiri'', ujar pakcik.
Tadi aku dah mula senyum lebar, bila dengar ada syarat aku terkejut. Aku redha,jika ditakdirkan dia milikku, alhamdulillah. Jika sebaliknya, aku berserah kepada allah swt. " apa syaratnya'', tanya aku kepada pakcik.
" senang saja syarat pertama. Kamu hendaklah mengikut pakcik ke surau atau madrasah selama tiga bulan. Yang kedua pula, kamu hendaklah pandai baca quran dan faham maksudnya. Terakhir, dapatkan keikhlasan dan keredhaan. Macam mana?'', tanya pakcik. Tanpa berfikir panjang.
" saya setuju pakcik", jawab aku.

Aku telah beritahu kepada emak. Emak merestui apa yang aku mahu buat. Tambahan pula, angah baru balik dari mesir tamatkan pengajian dalam bidang usulluddin dan yang bongsu baru habis spm. Angah aku minta tolong bantu keluarga dan perusahaan ternakan kambing. Manakala, yang bongsu, aku minta tolong jagakan emak. 

Bersambung  .........




PERANCANGAN


ENTRI 5

PENULISAN : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikumwarahmatullah......

Bersyukur kepada allah swt,dengan izinnya saya masih lagi berpeluang meneruskan cacatan di sini. 

Urusan aku kali ini, memang bab kambing saja. Selepas tamat mengikuti kursus ternakan kambing di akademik mj fatonah sdn bhd, aku dan suami sentiasa memikirkan perancangan seterusnya. Non stop. Bagaimana cara nak luaskan lagi dalam bidang ternakan. Bacaan di blog, maklumat di laman web dan di dada akhbar. Bukan mudah rupanya, banyak maklumat yang tidak diketahui. Sampailah aku sendiri menelefon kementerian yang berkaitan dan bank bagi mengetahui maklumat lebih lanjut.


Langkah berikutnya, aku daftar syarikat dulu dan diberi nama berkat hasrat jaya enterprise. Kenapa nama ini? Aku harap, suatu hari nanti dengan nama ini banyak perkhidmatan dan produk lain dapat dijanakan. Kemudian, aku buka akaun bank atas nama syarikat.

Tuesday 1 December 2015

KURSUS RUMINAN (LEMBU DAN KAMBING) DI MJ FATONAH SDN BHD

ENTRI 4

PENULISAN : AINORHIDAYAH BINTI ZULKIPLI
GAMBAR    :  PERKONGSIAN DARI KAWAN - KAWAN KURSUS

SEBELUM MELANGKAH LEBIH JAUH LAGI, CUBA KITA RENUNGKAN SEJENAK. BAGAIMANA KITA HASIL SATU PERKARA DARI MINAT,HOBI DAN KEGEMARAN DIJADIKAN SERTA DIGABUNGKAN SEBAGAI SATU PELUANG PERNIAGAAN YANG BOLEH MENDAPATKAN PENDAPATAN YANG LUMAYAN. DARI SITULAH, BERMULA KISAH AKU INI. HABIS KEBANYAKAN BLOG YANG AKU BACA SEMUA MENCERITAKAN DARI MINAT TERUS MENJADIKAN PERNIAGAAN. TAPI, ADA PULA YANG PULANG KE KAMPUNG HALAMAN UNTUK MENJAGA KEDUA IBU BAPA DAN MENETAP DI KAMPUNG SERTA PELUANG BEKERJA SENDIRI LEBIH MUDAH BERBANDING MAKAN GAJI.

SEBELUM PERGI KURSUS, AKU HANYA TAHU KAMBING INI UNTUK TERNAKAN SAHAJA. AKU PUN TIDAK TAHU KAMBING NI ADA BANYAK JENIS DAN BAKA.TAPI SELEPAS MENGIKUTI KURSUS LAIN YANG PENDAPAT DAN PANDANGAN YANG OLEH DIKONGSIKAN. BANYAK YANG TIDAK TAHU. SEPERTI YANG SAYA MAKLUM PADA ENTRI YANG LALU, SAYA TELAHPUN MENGIKUTI DAN MENYERTAI KURSUS TERNAKAN RUMINAN DI AKADEMIK MJ FATONAH SDN BHD. BAGI SAYA, YANG TIADA LANGSUNG PENGALAMAN, TIADA ILMU, MEMANG WAJAR SAYA MENGIKUTI KURSUS TERSEBUT. ILMU PERLU DICARI, IA TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK. 

DI AKADEMIK USAHAWAN KAMI DIDEDAHKAN DENGAN PELBAGAI ILMU TERNAKAN SERTA PERANCANGAN KEWANGAN UNTUNG DAN RUGI DAN KERTAS KERJA UNTUK MEMULAKAN PINJAMAN DI BANK. TERNAKAN KAMBING YANG SAYA BELAJAR JENIS - JENIS KAMBING, RUMAH KAMBING, PENJAGAAN DAN RAWATAN. SIFU KATA, TERNAKAN KITA NI UMPAMA AHLI KELUARGA. KENA JAGA ELOK - ELOK. SUMBER PENDAPATAN KITAPUN, DARI KAMBING NI JUGA.

OLEH KERANA HANDPHONE ROSAK, GAMBAR DALAM HANDPHONE TIDAK DAPAT DISELAMATKAN. JADI, GAMBAR NI KONGSI DENGAN KAWAN

















KAMBING oh KAMBING

Entri 3

Penulisan : Sendiri
Gambar    :  Tiada

"Yang, sedap kambing ni yang. Rugi tak makan. Eeeerrrmmm ssllurrppp sambil menggigit daging kambing BBQ", ujar si suami.

' Sedap la konon, Entah apa rasanya. Bukan sedap pun,' bisik sendiri dalam hati. Kerana tidak minat, jual la mahal. konon - kononnya.

Tapi sebenarnya aku memangpun tak suka pun makan kambing. Jika diberi ikan dan ayam, tentu cari ikan dulu.

Suatu hari, aku pergi jalan - jalan dengan kawan - kawan. '' Hei, berhenti sekejap. Aku tengok di sana ada jual kambing golek la. Nak beli dan kita makan di sini", ujar salah seorang kawan dari kami.

" Boleh ngak", seorang lagi mencelah. Oleh kerana aku tiada pilihan, terpaksalah ikut mereka.
Semua dah ambil tempahan kecuali aku. Hidangan pun dah sampai. Kami pun membaca doa makan. Kawan - kawan semua makan kecuali aku yang hanya memerhati dan membelek - belek buku yang baru beli tadi.

" Mu dok make kambing ko", ujar Nazirah.

" Maaflah, aku memang tidak makan kambing'', jawab aku selamba. Tapi dalam hati, wah cam sedap jer. Dengan aroma baunya, hiasan salad dan makanan sampingan. Jual mahal dan tidak mahu makan.
Selang dua hari, aku pergi sendiri ke gerai kambing. Aku order  untuk makan 1 set, Wah, memang sedap rasanya. Dari tak suka terus jatuh cinta, jadi suka. Hanya kambing BBQ je la aku makan. Jika masakan lain yang mungkin tidak makan. Selepas itu, aku order bungkus untuk bawa balik. Dek kerana malu nak makan banyak kat gerai, sambung makan di rumah. Alangkah terkejut si suami apabila dia tengok aku makan kambing BBQ.

" Hei, yang. Sejak bila pandai makan kambing BBQ ni", ujar suami.
" Eh, sibuk la abang ni", jawab aku.

Hari berganti minggu, Minggu bersilih bulan. " Abang, apa kata kita buka bisnes ternakan kambing. Kambing ni, boleh buat macam - macam termasuklah tinjanya sekali", tanya aku kepada suami.

Hasil perbincangan, kami bersetuju untuk mengusahakan ternakan kambing di kampung. Itulah kisahnya.