Pages

Sunday 13 March 2016

NIKMAT ALLAH

Entri 36

Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera ........

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam.

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh".

Semua insan diberikan pelbagai ujian. Tinggal lagi, ujian itu adalah berbeza dari insan yang lain. Baik kaya, miskin, sihat, sakit dan macam – macam lagi ujian yang Allah telah beri kepada kita. Ada anak, anak cerdik semua itu adalah ujian dari Allah.  Nikmat Allah gunakanlah sebaik – baik mungkin. Janganlah bongkak, sombong, ego dan takbur apa yang telah Allah berikan kepada kita. Pinjaman semata – mata di dunia.


Bila ujian melanda, dekatlah diri dengan Allah. DIA merindui doa dan rinthihan seorang hambaNYA. Istiqomah, ikhlas dan redha atas ketentuan. Jalan keluar pasti ditemui. Sedekah apa yang kita ada. Tidak semestinya dengan wang ringgit atau harta benda tapi dengan kudrat dan tenaga kita pada sesuatu kebaikan pun sedekah. 

KETABAHAN SEORANG IBU

Entri 35

Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera ........

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.

Apa yang bakal kongsikan adalah motivasi kepada diri saya. Saya menceritakan kerana saya melihat semangat yang datang dari seseorang ibu. Ujian datang silih berganti. Tanpa diduga emak menerima tamparan yang hebat. Tatkala diri di uji dengan kesakitan, anak – anak dan cucu demam serta seorang anak OKU telah dimasukkan ke wad dalam sekelip mata. Hanya doa, semangat dan ketabahan mengiringi diri emak. Saat emak tidak sihat, hanya sekali emak menziarahi anak OKU di hospital. Selebihnya, kami adik beradik silih berganti menunggu abang di hospital. Sewaktu, doktor membicarakan tentang keadaan kesihatan abang OKU di hospital. Kami dah risau. Secara tidak langsung menitik air mata mengalir membasahi pipi. Konsisi kesihatan tidak mengizinkan. Doktor maklum agar kami sekeluarga membuat persiapan. Kami akur. Ya Allah, jika ini yang terbaik untuk dia, Engkau permudahkanlah. Akhirnya, abangku OKU telah pergi buat selama – lamanya. Menemui penciptaNYA.

Saat berita kesedihan, kami berfikir tentang emak pula. Risau, apa pula yang berlaku kepada emak. Dengan izin-NYA, kami dapat kekuatan untuk memberitahu emak. Respon yang diterima emak tidak sedikit pun mengalirkan airmata tatkala perkhabaran anak kesayangannya telah pergi buat selama-lamanya. Emak hanya diam dan berzikir ketika itu.


Emak ikhlaskan hati dan redha di atas apa yang berlaku. Emak tabah dan gigih. Hanya Allah yang tahu kecekalan dan kesabaran emak membesarkan anak OKU. Setiap kali solat, emak sentiasa berzikir dan membaca al quran.  Mereka yang ada anak istimewa, betapa besarnya ganjaran Allah pada mereka yang memeliharanya. Kekuatan seorang ibu datangnya dari kekuatan seorang anak.

Tuesday 8 March 2016

MENDEKATKAN DIRI ANAK - ANAK DENGAN AL QURAN

Entri 34

Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh........

Alhamdulillah, dengan izin-nya saya berkesempatan menulis di blog ini. Marilah sejenak kita bersama-sama menundukkan kepala, bermunajat kepada Allah agar kegiatan kita hari ini diberkahi dan berjalan dengan lancar. Selawat dan salam ke atas  junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Bagi yang beragama Islam, marilah bersama-sama membaca ummul kitab : Al-Fatihah

Ya Allah Ya Rahmat, pada hari ini, di blog ... ini kami dengan memohon redha dan izinmu. Berkatilah semua langkah dan perbuatan kami dan jadikanlah itu semua nilai ibadah dan nilai ilmu yang bermanfaat kepada kami.

Apa yang dikongsikan adalah pengalaman saya sendiri. Saya melihat dan menilai bagaimana cara mendekatkan diri anak – anak dengan al – quran. Peranan ibubapa yang banyak mempengaruhi. Kuatkan semangat, berfikiran positif dan usaha. Saya pun bukanlah asal dari keluarga berlatar belakang dari sekolah agama tapi saya memikirkan masa depan anak – anak betapa pentingnya al quran. Kelebihan dan nilai – nilai murni dari al quran saya terapkan kepada anak – anak. Saya menceritakan kepada anak – anak kandungan yang terdapat di dalam al quran, kisah – kisah nabi allah dan hadith serta pentingnya mempelajarinya Al – Quran. Saya praktikan memasang alunan ayat suci al quran di kereta, rumah dan computer. Apabila tidur malam, saya memperdengarkan alunan ayat al quran. Selepas solat maghrib, saya akan meminta anak membaca surah lazim. Dan akan membetulkan jika terdapat kesalahan dalam bacaan. Emak juga banyak membantu bacaan ayat surah – surah lazim.


Alhamdulillah, anak saya yang berumur 5 tahun telah boleh membaca surah – surah lazim. Apa yang penting adalah niat kita. Berserahlah kepada Allah s.wt. Dia yang menentukan segala – galanya. Wallahualam.

MENUNTUT ILMU


Entri 33

Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh........

Alhamdulillah, dengan izin-nya saya berkesempatan menulis di blog ini. Selawat dan salam ke atas  junjungan nabi muhammad s.a.w. Doa saya semoga para pembaca sihat alhamdulillah bersama keluarga tersayang. Dah lama tidak membuat entri di blog. Hari ini, ada kesempatan untuk meneruskan perjalanan di blog.

Dalam menuntut ilmu, banyak cabaran dan ujian dating silih berganti. Dengan zaman sekarang, teknologi yang serba canggih dan moden, peralihan masa banyak faktor yang mempengaruhi perjalanan dalam menuntut ilmu. Peranan persekitaran, ibubapa dan guru – guru banyak mempengaruhi dalam menambah ilmu pengetahuan di kalangan anak – anak. Contoh yang di beri adalah akhlak dan adab dalam perhubungan dan pergaulan seharian serta komunikasi yang berkesan.

Bagi ibubapa muda, perjalananan anda baru bermula apabila anak menjejak kaki di alam persekolahan. Banyak pembacaan dan pengetahuan dalam mendidik anak. Pengorbanan masa dan tenaga amat diperlukan dalam pendidikan awal kanak – kanak. Bukan tekanan yang diberi semata – mata tapi perubahan masa menjadikan kita ibubapa yang serba boleh dalam membentuk dan mendidik anak selain dari guru.

Sebagai contoh, aturkan jadual kepada anak – anak agar mendisiplinkan diri. Bagi anak- anak yang liat untuk ikut jadual dan masa. Cari ikhtiar lain bagaimana cara untuk anak ikut jadual yang telah di buat. Saya sendiri akui, selain hafazan dan pembelajaran di sekolah, apabila dipraktikan di rumah ia memberi kesan positif dalam peningkatan pembelajaran di kalangan anak – anak. Banyak kajian yang telah di cuba, hasilnya anda melihat sendiri pada perkembangan anak – anak. Yang selebihnya kita berserah kepada Allah s.w.t. .  Kita yang merancang, Dia yang menentukan segala – galanya.