Entri 35
Penulis : Ainorhidayah
Binti Zulkipli
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera ........
Dengan
nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Segala puji bagi Allah
tuhan sekelian alam. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw),
keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta
sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.
Apa yang
bakal kongsikan adalah motivasi kepada diri saya. Saya menceritakan kerana saya
melihat semangat yang datang dari seseorang ibu. Ujian datang silih berganti.
Tanpa diduga emak menerima tamparan yang hebat. Tatkala diri di uji dengan
kesakitan, anak – anak dan cucu demam serta seorang anak OKU telah dimasukkan
ke wad dalam sekelip mata. Hanya doa, semangat dan ketabahan mengiringi diri
emak. Saat emak tidak sihat, hanya sekali emak menziarahi anak OKU di hospital.
Selebihnya, kami adik beradik silih berganti menunggu abang di hospital.
Sewaktu, doktor membicarakan tentang keadaan kesihatan abang OKU di hospital.
Kami dah risau. Secara tidak langsung menitik air mata mengalir membasahi pipi.
Konsisi kesihatan tidak mengizinkan. Doktor maklum agar kami sekeluarga membuat
persiapan. Kami akur. Ya Allah, jika ini yang terbaik untuk dia, Engkau
permudahkanlah. Akhirnya, abangku OKU telah pergi buat selama – lamanya.
Menemui penciptaNYA.
Saat
berita kesedihan, kami berfikir tentang emak pula. Risau, apa pula yang berlaku
kepada emak. Dengan izin-NYA, kami dapat kekuatan untuk memberitahu emak.
Respon yang diterima emak tidak sedikit pun mengalirkan airmata tatkala
perkhabaran anak kesayangannya telah pergi buat selama-lamanya. Emak hanya diam
dan berzikir ketika itu.
Emak
ikhlaskan hati dan redha di atas apa yang berlaku. Emak tabah dan gigih. Hanya
Allah yang tahu kecekalan dan kesabaran emak membesarkan anak OKU. Setiap kali
solat, emak sentiasa berzikir dan membaca al quran. Mereka yang ada anak istimewa, betapa besarnya
ganjaran Allah pada mereka yang memeliharanya. Kekuatan seorang ibu datangnya
dari kekuatan seorang anak.
No comments:
Post a Comment