Entri 34
Penulis : Ainorhidayah
Binti Zulkipli
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh........
Alhamdulillah, dengan izin-nya saya berkesempatan menulis di
blog ini. Marilah sejenak kita bersama-sama menundukkan
kepala, bermunajat kepada Allah agar kegiatan kita hari ini diberkahi dan berjalan
dengan lancar. Selawat dan salam ke
atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Bagi yang beragama
Islam, marilah bersama-sama membaca ummul
kitab : Al-Fatihah
Ya Allah Ya Rahmat,
pada hari ini, di blog ... ini kami dengan memohon redha dan izinmu. Berkatilah semua langkah dan
perbuatan kami dan jadikanlah itu semua nilai ibadah dan nilai ilmu yang
bermanfaat kepada kami.
Apa yang
dikongsikan adalah pengalaman saya sendiri. Saya melihat dan menilai bagaimana
cara mendekatkan diri anak – anak dengan al – quran. Peranan ibubapa yang
banyak mempengaruhi. Kuatkan semangat, berfikiran positif dan usaha. Saya pun
bukanlah asal dari keluarga berlatar belakang dari sekolah agama tapi saya
memikirkan masa depan anak – anak betapa pentingnya al quran. Kelebihan dan
nilai – nilai murni dari al quran saya terapkan kepada anak – anak. Saya
menceritakan kepada anak – anak kandungan yang terdapat di dalam al quran, kisah
– kisah nabi allah dan hadith serta pentingnya mempelajarinya Al – Quran. Saya
praktikan memasang alunan ayat suci al quran di kereta, rumah dan computer. Apabila
tidur malam, saya memperdengarkan alunan ayat al quran. Selepas solat maghrib,
saya akan meminta anak membaca surah lazim. Dan akan membetulkan jika terdapat
kesalahan dalam bacaan. Emak juga banyak membantu bacaan ayat surah – surah lazim.
Alhamdulillah, anak
saya yang berumur 5 tahun telah boleh membaca surah – surah lazim. Apa yang
penting adalah niat kita. Berserahlah kepada Allah s.wt. Dia yang menentukan
segala – galanya. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment