Pages

Monday 12 September 2016

WANITA


Entri  :  51

Penulis  : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikumwarahmatullahiwarakatuh.....

Dengan lafaz bismillahirrahmanirahim. Marilah sama - sama kita mulakan dengan bacaan Surah Al fatihah. Alhamdulillah, sekali lagi saya akan berkongsi cerita kepada pembaca blog.

Kisah Pertama

Allah swt lebih menyayangi abah. Abah telah pergi buat selama - lamanya ketika aku berusia 10 tahun. Pengalaman emak membesarkan kami adik beradik banyak cabaran dan ujian. Apabila segala urusan dilakukan oleh seorang suami, tiba - tiba diambil alih oleh seorang isteri. Tiada ilmu dan pengalaman, itulah cabaran.
Perkara yang tidak dapat dilupakan Saat emak hendak membuka kepala gas di dapur.Pada pandangan kita, memang nampak senang tapi bagi mereka yang tidak biasa lakukan akan sukar hendak dihadapi. Itulah realitinya.

Kisah Kedua

Segala perkara dan urusan bank serta persekolahan anak dilakukan oleh suami. Tiba - tiba, Allah swt uji kita. Suami telah kembali ke rahmatullah, sakit tidak boleh bangun, pergi menunaikan haji, ibu tunggal dan sebagainya. Bagi kita yang biasa lakukan cakap memang senang tapi bagi mereka sukar. Keluarkan duit di mesin ATM pun tidak tahu dan apa lagi hendak mengisi minyak kereta.

Kisah Ketiga

Apabila seorang isteri telah ditinggalkan oleh suami. Menguruskan anak bukan mudah jika seorang diri tapi Allah swt ada memberi pertolongan. Dengan tiada pekerjaan, tiada kenderaan sendiri yang ada hanya semangat seorang ibu demi anak. Berkayuh dengan basikal beberapa kilometer, membawa anak yang demam ke klinik.

Memang lawak dan kelakar tapi jangan gelakkan orang lain. Bahagian kita, belum sampai lagi. Berdoalah, semoga suatu hari kita akan menjadi lebih bersedia dan prihatin serta tidak leka dalam semua hal. Ambil pengajaran dan iktibar apa yang berlaku disekeliling kita dan pengalaman hidup orang lain.


Monday 5 September 2016

IMPIAN


Entri : 50

Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli
Sumber : google kata kata hikmah

Mencari hikmah setiap kejadian menimpa itu kadang - kadang tidak terlihat oleh hati yang sedang berputus asa.  Hikmah hanya akan dilihat oleh orang yang memang pasrah terhadap percaturan takdir Allah, tapi dalam masa yang sama berusaha dan berusaha untuk mencari ibrah dan kekuatan disebalik apa yang sedang dan telah berlaku.....

Hidup ini memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan menentukan kejayaan dan Kejayaan akan menentukan kebahagiaan.

Sungguh bermakna kata - kata ini. Menyentuh hati. Semuanya akan berhasil apabila kita berusaha, sabar dan berdoa. Sedikit masa dan ruang untuk diperlukan untuk merealisasikan impian menjadi kenyataan. In shaa Allah, jika diizinkan oleh Allah, kandang kambing akan dibesarkan lagi. Kandang lembu akan dibuat dan ternakan ayam kampung akan diusahakan. Ilmu dan pengalaman sentiasa selari dengan peredaran semasa. Jika ada rezeki, in shaa allah akan wujudkan kursus usahawan ternakan. Semoga impian tercapai.

TIPS UNTUK ANAK


Entri : 49

Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli
Sumber : google

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Ketika masalah datang, Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. Allah hanya minta kita sabar dan solat. Sudah lama tidak  bersiaran di blog ini. Kesempatan yang ada digunakan untuk memberi ilham dan idea dalam perjalanan penilusan blog ini.

Ada kisah perkongsian yang ingin dikongsikan.  Pada suatu hari, anak memberitahu bahawa 
dia tidak mahu ke sekolah agama. “Kenapa”?, tanda kehairanan. Dia pun menjawab takut ustaz soal dalam kelas dan dia tidak dapat jawab. Saya nak nasihatkan dia supaya pergi dengan tenang dan yakin. Saya bagi nasihat dan tips. Saya pesan keluar rumah, sampai pagar sekolah, sampai pintu kelas, baca selawat, al fatihah, bismillahillazilayadurru dan ayat pertama surah masad. 


Kemudian, niat semoga Allah permudahkan urusan kita. Dan Alhamdulillah, hasilnya Berjaya. Anak boleh menjawab soalan yang diberi oleh ustaz.
Itulah keajaiban ayat ayat suci al quran. Kita  yakin dan sabar, In shaa Allah dipermudahkan.