Entri 28
Penulis :
Ainorhidayah Binti Zulkipli
Sakit
gigi? Itulah yang dirasai. Apa? Takut? Sakit? Itulah yang keluar dari kotak
fikiran. Hhhuurrrmm, bila sakit, hilang wajah keceriaan. Makan tidak berselera,
apatah lagi nak bercakap. Terpaksa abaikan segala aktiviti yang hendak
dijalankan. Sekejap saja allah nak ambil nikmat kesihatan. Jadi, kita
bersyukurlah sekiranya allah memberi kesihatan yang baik.
Arrgghh,
sakitnya gigi. Nak kunyah pun susah buka mulut pun susah nak makan. Suatu hari,
pergi ke klinik pergigian dr smile bandar sri permaisuri. Doktor pun tengokla
gigi yang sakit. Doktor cakap dengan pesakit lemah lembut dan penuh
sopan. Doktor maklum tidak boleh cabut sebab sudah jangkitan kuman dan suruh
makan ubat antibiotik kena habiskan. Selang tiga hari datang lagi, kali ni
doktor lelaki. Entahlah, memang sakit ke? Takut ke? Doktor dah tengok, akhirnya
tangguh lagi sebab sakit bercampur takut. Sambung temujanji lain pula, kali
doktor wanita. Doktor memang baik. Guna psikologi untuk tenangkan pesakit. Kali
ini, gagal lagi. Setakat bius, apabila doktor player je dah rasa takut. Doktor
cakap, awak balik dulu cari ketenangan dan keberanian untuk cabut gigi. Di
rumah, search la di google. Jawapan yang ditemui hanya cabut gigi jalan yang
terbaik.
Kali
ini datang semula jumpa doktor. Sebelum keluar rumah, saya solat dulu semoga
allah permudahkan segala urusan. Mulut terkumat kamit membaca doa,
selawat, zikir semoga kali ini berjalan dengan lancar. Sampai di klinik pun
mulut masih terkumat kamit membaca doa, selawat, zikir. Ada rasa sesuatu
kekuatan yang datang. Masuk dalam jumpa doktor gigi wanita. Kali ini bius,
banyak tempat kena suntik. Kali lebih tenang tidak macam tempoh hari.
Sebenarnya,
cabut gigi memang tidak sakit. Yang membuat sakit ialah apabila takut bercampur
dengan sakit. Sakit hanya terasa apabila tekanan gerakan gigi sahaja. Tidak
lama selepas itu, dengan mudah gigi dah pun cabut. Dengar jugalah bunyi
"krekk, krekk". Doktor pun cakap sudah siap. Rupanya, cabut gigi
tidak lama pun. Seminit pun tidak sampai sekiranya beri kerjasama kepada doktor.
Keseluruhannya,
kita kena yakin, jangan takut dan berdoa kepada allah. Berserah kepada allah
setelah apa yang diusahakan.
Sakit gigi memang sangat sakit. Kalau dokter nasihat cabut, sebaiknya cabut je.
ReplyDeletesaya mengalami ketakutan yang sama seperti puan. dah datang ke klinik gigi tempoh hari namun saya batalkan hasrat untuk cabut disebabkan takut.
ReplyDeleteTerjumpa penulisan Puan ni terasa sedikit lega dan termotivasi. doakan saya dimudahkan urusan