Pages

Sunday 22 November 2015

INI KISAHKU DENGAN KAMBING

Entri 2

Penulisan : Sendiri
Gambar    :  Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua yang membaca blog ini.

Bukan mudah dan senang untuk menjadi seorang usahawan ternak. Banyak cabaran dan ujian datang silih berganti menguji kesabaran dan ketabahan. Pengalaman, ilmu, pengetahuan, kemahiran, minat, berfikiran positif, perancangan, keyakinan, berusaha serta berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT perlu ada dalam diri seseorang. Kejayaan memerlukan sebuah pengorbanan yang perlu dihargai.

Kisah aku dengan kambing bermula dengan sekadar side income dan diuruskan oleh adik di kampung. Aku mula mencari - cari peluang kursus - kursus menternak di internet. Akhirnya aku terjumpa blog MJ Fatonah Sdn Bhd  dan bersetuju menghadiri kursus tersebut(Akademik Usahawan MJ Fatonah). Aku minat menternak? Memang tidak ada pada asalnya tapi sekarang bila melihat kambing - kambing dah banyak, menerima maklumat kambing tidak sihat, kambing bunting la, kambing beranak dan ada orang meminang kambing untuk aqiqah. Dari situ timbul rasa minat sebab keperincian maklumat dan perkembangan kambing dilaporkan. Tambahan pula, sudah sebahagian wang telah dibelanjakan. Aku bermula dengan secara runcit sahaja. Keluarga pun banyak membantu. Dan akhirnya aku dan suami pergi jua mengikut jejak adik menghadiri Kursus Usahawan Ternakan di MJ Fatonah Sdn Bhd selama 3 hari 2 malam sebagai persiapan untuk menguruskan ternakan dan sekaligus menjadi usahawan. Inshaallah.

Di MJ Fatonah Sdn Bhd, peserta - peserta kursus didedahkan ilmu penternakan dan usahawan. Secara teori dan amali. Contoh penjagaan ternakan, kesihatan dan rawatan serta harga pasaran kambing. Bukan hasil ternakan sahaja, malah pembuatan makanan kambing diajar.  Disamping itu, hasil tinja ternakan dipelbagaikan. Selepas tamat kursus ini, hubungan kami dengan peserta - peserta kursus lain tidak pernah putus. Segala perkembangan berkaitan ternakan dapat disalurkan dan dimanfaatkan. 

Akhir sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada MJ Fatonah Sdn Bhd kerana memberi ilmu, ruang dan peluang untuk kami menimba ilmu sebagai seorang usahawan penternak. Oleh kerana saya dan suami bukan seorang yang suka bergambar, jadi saya akan upload gambar apa yang ada saja. Inshaallah. Nantikan catatan terbaru saya. Terima kasih.


Tuesday 10 November 2015

PENGENALAN DIRI

Entri 1

Teks : Ainorhidayah Binti Zulkipli

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Salam Ukhwah kepada semua. Semoga para pembaca sihat walafiat bersama keluarga yang tersayang dan diberkati Allah s.w.t. Syukur Alhamdulillah kerana dengan izinNYA, akhirnya saya diberi peluang dan waktu untuk meneruskan perjalanan di blog ini walaupun pelbagai cabaran yang datang.

Latar belakang diri

Nama penuh saya Ainorhidayah Binti Zulkipli. Saya dilahirkan dan membesar di Kuala Lumpur. Saya mempunyai lima orang adik beradik dan saya merupakan anak bongsu. Saya mempunyai empat orang abang. Saya minat menulis dari bangku sekolah dan mempunyai minat yang sama dengan emak. Saya suka membaca buku berkaitan motivasi, kaunseling, agama, kesihatan dan ternakan.

Pendidikan

Pendidikan awal saya di Sekolah Rendah Bandar Tun Razak (1) Cheras, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur. Hari pertama saya menghangtar anak ke sekolah, alangkah terkejutnya saya, guru yang mengajar saya waktu sekolah rendah dulu kini telah menjadi Guru Besar di sekolah yang sama dan ada beberapa orang guru yang belum bersara lagi. Kemudian, semasa habis SPM tahun 2000, saya sambung belajar dalam bidang kemahiran menjahit pakaian di Giat Mara Kampung Baru selama enam bulan. Tidak lama selepas itu, saya dapat tawaran belajar kemahiran menjahit di Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, Selangor. In shaa Allah, ada rezeki saya akan jadikan menjahit sebagai sumber utama pendapatan saya. Saya juga telah menghadiri Kursus Ternakan Ruminan  (Kambing dan Lembu) di Akademi Usahawan  MJ Fatonah Sdn Bhd yang terletak di Kuala Selangor.

Pengalaman Kerja

Selepas habis belajar di IKBN, saya bekerja sambilan dengan makcik yang merupakan seorang tukang jahit. Kemudian saya dapat tawaran kerja sebagai Pengawal Keselamatan sehingga sekarang. Manakala, bagi urusan ternakan secara sepenuh masa diuruskan oleh saya, suami dan adik ipar yang berada di kampung. Menjahit saya hanya membuat sambilan sahaja buat sementara waktu. Saya baru berjinak - jinak dengan dunia ternakan.

Matlamat

Saya menggunakan blog ini sebagai percambahan ilmu pengetahuan dalam semua aspek, menjana pendapatan secara konsisten dan peluang perniagaan.

Saya sebenarnya telah lama baca artikel dari ahli ahli Akademik Bekerja Dari Rumah. Itupun, pada tahun lepas. Mula - mula langsung tidak faham. Banyak jugalah blog yang saya sudah baca, lama kelamaan baru saya faham sedikit demi sedikit. Banyak manfaat yang boleh diperolehi. Bermula awal tahun, saya terbaca blog seorang ahli Akademik Bekerja Dari Rumah iaitu Sariah Awang Senit dan melaluinya saya menyertai akademik ini dan beliau memperkenalkan saya dengan guru online anys idayu zakaria.

Terima kasih kepada semua kerana banyak membantu saya dari mula sehingga kini. Kepada para pembaca atau menyinggah mana - mana blog ABDR teruskan menyokong ABDR. Dengan  sokongan dan doa anda ABDR telah gah sehingga kini. Sekian.

Salam Ukhwah.