Pages

Sunday 22 November 2015

INI KISAHKU DENGAN KAMBING

Entri 2

Penulisan : Sendiri
Gambar    :  Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua yang membaca blog ini.

Bukan mudah dan senang untuk menjadi seorang usahawan ternak. Banyak cabaran dan ujian datang silih berganti menguji kesabaran dan ketabahan. Pengalaman, ilmu, pengetahuan, kemahiran, minat, berfikiran positif, perancangan, keyakinan, berusaha serta berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT perlu ada dalam diri seseorang. Kejayaan memerlukan sebuah pengorbanan yang perlu dihargai.

Kisah aku dengan kambing bermula dengan sekadar side income dan diuruskan oleh adik di kampung. Aku mula mencari - cari peluang kursus - kursus menternak di internet. Akhirnya aku terjumpa blog MJ Fatonah Sdn Bhd  dan bersetuju menghadiri kursus tersebut(Akademik Usahawan MJ Fatonah). Aku minat menternak? Memang tidak ada pada asalnya tapi sekarang bila melihat kambing - kambing dah banyak, menerima maklumat kambing tidak sihat, kambing bunting la, kambing beranak dan ada orang meminang kambing untuk aqiqah. Dari situ timbul rasa minat sebab keperincian maklumat dan perkembangan kambing dilaporkan. Tambahan pula, sudah sebahagian wang telah dibelanjakan. Aku bermula dengan secara runcit sahaja. Keluarga pun banyak membantu. Dan akhirnya aku dan suami pergi jua mengikut jejak adik menghadiri Kursus Usahawan Ternakan di MJ Fatonah Sdn Bhd selama 3 hari 2 malam sebagai persiapan untuk menguruskan ternakan dan sekaligus menjadi usahawan. Inshaallah.

Di MJ Fatonah Sdn Bhd, peserta - peserta kursus didedahkan ilmu penternakan dan usahawan. Secara teori dan amali. Contoh penjagaan ternakan, kesihatan dan rawatan serta harga pasaran kambing. Bukan hasil ternakan sahaja, malah pembuatan makanan kambing diajar.  Disamping itu, hasil tinja ternakan dipelbagaikan. Selepas tamat kursus ini, hubungan kami dengan peserta - peserta kursus lain tidak pernah putus. Segala perkembangan berkaitan ternakan dapat disalurkan dan dimanfaatkan. 

Akhir sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada MJ Fatonah Sdn Bhd kerana memberi ilmu, ruang dan peluang untuk kami menimba ilmu sebagai seorang usahawan penternak. Oleh kerana saya dan suami bukan seorang yang suka bergambar, jadi saya akan upload gambar apa yang ada saja. Inshaallah. Nantikan catatan terbaru saya. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment