Pages

Tuesday 1 December 2015

KAMBING oh KAMBING

Entri 3

Penulisan : Sendiri
Gambar    :  Tiada

"Yang, sedap kambing ni yang. Rugi tak makan. Eeeerrrmmm ssllurrppp sambil menggigit daging kambing BBQ", ujar si suami.

' Sedap la konon, Entah apa rasanya. Bukan sedap pun,' bisik sendiri dalam hati. Kerana tidak minat, jual la mahal. konon - kononnya.

Tapi sebenarnya aku memangpun tak suka pun makan kambing. Jika diberi ikan dan ayam, tentu cari ikan dulu.

Suatu hari, aku pergi jalan - jalan dengan kawan - kawan. '' Hei, berhenti sekejap. Aku tengok di sana ada jual kambing golek la. Nak beli dan kita makan di sini", ujar salah seorang kawan dari kami.

" Boleh ngak", seorang lagi mencelah. Oleh kerana aku tiada pilihan, terpaksalah ikut mereka.
Semua dah ambil tempahan kecuali aku. Hidangan pun dah sampai. Kami pun membaca doa makan. Kawan - kawan semua makan kecuali aku yang hanya memerhati dan membelek - belek buku yang baru beli tadi.

" Mu dok make kambing ko", ujar Nazirah.

" Maaflah, aku memang tidak makan kambing'', jawab aku selamba. Tapi dalam hati, wah cam sedap jer. Dengan aroma baunya, hiasan salad dan makanan sampingan. Jual mahal dan tidak mahu makan.
Selang dua hari, aku pergi sendiri ke gerai kambing. Aku order  untuk makan 1 set, Wah, memang sedap rasanya. Dari tak suka terus jatuh cinta, jadi suka. Hanya kambing BBQ je la aku makan. Jika masakan lain yang mungkin tidak makan. Selepas itu, aku order bungkus untuk bawa balik. Dek kerana malu nak makan banyak kat gerai, sambung makan di rumah. Alangkah terkejut si suami apabila dia tengok aku makan kambing BBQ.

" Hei, yang. Sejak bila pandai makan kambing BBQ ni", ujar suami.
" Eh, sibuk la abang ni", jawab aku.

Hari berganti minggu, Minggu bersilih bulan. " Abang, apa kata kita buka bisnes ternakan kambing. Kambing ni, boleh buat macam - macam termasuklah tinjanya sekali", tanya aku kepada suami.

Hasil perbincangan, kami bersetuju untuk mengusahakan ternakan kambing di kampung. Itulah kisahnya.


No comments:

Post a Comment