ENTRI 9
PENULISAN : Ainorhidayah Binti Zulkipli
Pada
asalnya, aku orang bandar. Orang bandar tahu apa pasal bab - bab kambing. Tahu
pun, dengan bacaan dan dengar orang bercerita. Kalau nak beli daging kambing,
cari di pasar. Kalau nak yang dah siap masak, cari kat kedai makan atau gerai.
assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim
Sebagaimana
allah swt telah menurunkan surah an'am yang memberi maksud binatang ternak.
Sebagaimana
allah swt telah menurunkan surah adh-dhuha yang memberi maksud (kejayaan
dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. Dalam al quran
telah menceritakan segala - galanya. Bila kita bekerja sendiri, kita kena jaga
hubungan kita dengan allah swt. Sumber pendapatan kita, adalah usaha
kita sendiri. Kita rajin, usaha, sabar dan berserah segala - galanya pada
allah swt, in shaa allah, kejayaan akan jadi milik kita.
Setelah sekian
lama, akhirnya aku dan suami bercadang buat kandang baru
dan besarkan kandang kambing. Untuk sementara waktu,kandang baru boleh
diletakkan anggaran 20 ekor sehingga 40 ekor memandangkan ekonomi terhad
pada waktu itu. Inilah perbezaan kandang lama dan baru. Kandang
kambing yang baru masih lagi dalam proses pembinaan kerana musim tengkujuh
di kampung halamanku. Oleh kerana modal yang terhad, pembinaan kandang
kambing yang baru dilakukan oleh suamiku sendiri. Ha, tugas aku apa lagi, jadi tukang
memerhati dan hidang air sajalah. Aku membantu jugalah, setakat susun
batu.
Baru
aku tahu, betapa penatnya kerja - kerja kontraktor binaan ni. Tapi yang penting
hasilnya lumayan walaupun kena bersusah dari sekarang.
Kandang baru yang masih dalam pembinaan |
Kandang yang lama |
No comments:
Post a Comment