Pages

Wednesday 2 December 2015

JODOH

ENTRI 6

PENULISAN : Ainorhidayah Binti Zulkipli



Kali aku tulis cerita berkaitan kambing tapi bukan perniagaan, lebih kepada penulisan. Bagaimana dari ternakan kambing ini, boleh menyara keluarga dan membantu oarng lain.

Cerita bermula begini:

Suatu hari, emak telah dimasukkan ke wad akibat serangan jantung. Macam biasa, selepas habis kerja waktu petang, aku pergilah menziarah emak di wad. Aku bawakan sedikit makanan kegemaran emak untuk dijamah. Almaklumlah, tinggal di hospital makanan bukan sedap, katanya emak. Sudah - sudah orang yang melawat tolong habiskan. Tiba di wad, aku terus mencium emak tanda rindu dan sayang kepada emak. Dah lama tidak rasa pelukan seorang emak. Aku bergurau senda dengan emak dan bercerita perkhabaran dari jiran - jiran dirumah. Kemudian. Aku telah disapa oleh jururawat bertugas untuk keluar sebentar kerana doktor akan merawat emak. Lalu, aku pun beredar. 

Aku tunggu di luar wad (koridor). Di situ ada kerusi lalu aku pun duduk. Dari sudut pandangan aku, terlihat seorang wanita muda, sedang asyik membaca surah - surah di dalam al quran tanpa berhenti. Dengan kelembutan dan keayuan wajahnya, aku mula terpegun. Aku hanya melihat dari jauh dan tertanya - tanya, siapakah dia. Aku semakin kagum. Dalam hati berbisik,bolehkah aku mengenalinya dengan lebih dekat. Nak berkenalan tapi malu. Aku mula berfikir. Aku tertanya, siapakah yang dia ziarah di hospital ini?.

Aku mula menyiasat. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Rupa - rupanya, dia menziarah ayahnya yang telah lama dimasukkan ke wad. Padahal, memang tidak kenal langsung tapi persaudaraan islam aku teruskan jua ukhwah ini. Aku menziarah dan berkenalan dengan bapanya. Tidak lama selepas itu, emak dan ayah wanita tersebut pun telah keluar dari wad. Kami pun bertukar alamat dan nombor telefon dengan ayah wanita tersebut. Dia membahasakan diri pakcik ahmad dan memperkenalkan anak wanitanya kepada emak yang bernama sumaiyah. 

Rasa rindu mula bertaut di hati. Rindu dengan suara merdu ketika membaca ayat - ayat suci al quran. Keinginan untuk berjumpa, semakin kuat. Aku memulakan langkah, aku buat solat hajat, tahajjud. Semoga allah swt memudahkan segala urusanku. Aku mula menelefon pakcik ahmad untuk betandang ke rumahnya. Pakcik ahmad memang mengalu - alukan kehadiranku. Aku semakin berdebar - berdebar.

Setibanya di rumah pakcik ahmad. Aku diperkenalkan dengan seluruh ahli keluarganya. Berderau jugalah, bila dapat tahu kesemuanya anaknya adalah penghafaz al quran. Rupa -rupanya pakcik ahmad ialah seorang ustaz. Subhanallah. Keajaiban apa yang nak diberikan. Aku mula bercerita tentang keluargaku kepada pakcik ahmad. Pekerjaanku hanyalah ternakan kambing sahaja. Masa pun berlalu dengan begitu pantas. Aku bertandang lagi ke rumah pakcik ahmad. 

Kali ini aku benar - benar dan jujur dengan pakcik ahmad. '' pakcik, saya ada sesuatu nak beritahu pada pakcik", ujar aku. 
'' apa dia, nak", kata pakcik ahmad.
'' sebenarnya, saya suka pada anak pakcik. Namanya sumaiyah. Saya ikhlas dan bersungguh - sungguh nak jadikan anak pakcik sebagai isteri saya yang sah'', jawab aku.
''Eerrmm, pakcik kena bertanya pada tuan badan dulu. Kamu tunggu sebentar'', jawab pakcik.
Lama jugalah aku tunggu dan baru pakcik keluar.
" anak pakcik tiada apa - apa masalah, dia ok saja tapi ada syara. Ini adalah permintaan beliau sendiri'', ujar pakcik.
Tadi aku dah mula senyum lebar, bila dengar ada syarat aku terkejut. Aku redha,jika ditakdirkan dia milikku, alhamdulillah. Jika sebaliknya, aku berserah kepada allah swt. " apa syaratnya'', tanya aku kepada pakcik.
" senang saja syarat pertama. Kamu hendaklah mengikut pakcik ke surau atau madrasah selama tiga bulan. Yang kedua pula, kamu hendaklah pandai baca quran dan faham maksudnya. Terakhir, dapatkan keikhlasan dan keredhaan. Macam mana?'', tanya pakcik. Tanpa berfikir panjang.
" saya setuju pakcik", jawab aku.

Aku telah beritahu kepada emak. Emak merestui apa yang aku mahu buat. Tambahan pula, angah baru balik dari mesir tamatkan pengajian dalam bidang usulluddin dan yang bongsu baru habis spm. Angah aku minta tolong bantu keluarga dan perusahaan ternakan kambing. Manakala, yang bongsu, aku minta tolong jagakan emak. 

Bersambung  .........




No comments:

Post a Comment