ENTRI 11
PENULISAN : Ainorhidayah Binti Zulkipli
Sejarah
perjalanan dan perkembangan perusahaan kambing ni, adakalanya suka dan duka.
Pada bulan oktober 2013
- Beli 3 ekor kambing ( 1 jantan jamnapari, 1 ekor kambing betina bunting boer, 1
ekor anak betina Jamnapari)
- Belang
beberapa bulan, kambing bunting dah beranak (kembar 2 ekor)
- Ibu
kambing dapat bertahan lebih kurang 2 minggu (mungkin kurang nutrien dan susu
membengkak)
- Anak
kambing seekor dapat bertahan lebih kurang seminggu sahaja kerana tidak dapat
susu ibu
Dengan secukupnya
- Anak
kambing seekor lagi dapat bertahan lebih kurang 3 bulan sahaja kerana tidak
dapat zat yang
Seimbang dan campur dengan susu tepung (pengalaman susukan anak kambing dengan
botol,
Memang menyeronokkan).
- Anak
kambing betina jamnapari dan besar. Akhirnya, bunting.
- Rezeki
kami belum tiba lagi. Ujian datang sekali lagi.
- Kambing
yang bunting tadi telah beranak. Kambing tidak sihat dan tidak boleh bangun
selepas
Beranak. Pelbagai cara dan teknik kami usahakan. Akhirnya mati. Anak kambing
pun tidak berapa sihat dan akhirnya mati.
Pada bulan mac 2014
Pengalaman yang lalu banyak mengajar kami bagaimana penjagaan dan rawatan yang sempurna dapat membantu meningkatkan kualiti perusahaan dan ternakan kambing
- Kami tidak berputus asa. Kami cuba lagi. Kali ni, beli 1 jantan boer, 1 betina boer ,2 betina jamnapari.
-
alhamdulillah, kali ini kami lebih prihatin berkaitan makanan, nutrisinya,
penjagaan dan perawatan
Kehidupan kambing. Malah, kambing - kambing betina bunting dan beranak.
Semuanya sihat.
Pada bulan januari 2015
- kami beli kambing, 1 ekor jantan jenis boer , selebihnya semuanya dah kacuk.
-
sehingga hari ini, kambing dah banyak tapi kami masih memerlukan ruang dan masa
untuk bersama
Dengan kambing .
.
No comments:
Post a Comment