ENTRI 5
PENULISAN : Ainorhidayah Binti Zulkipli
Assalamualaikumwarahmatullah......
Bersyukur
kepada allah swt,dengan izinnya saya masih lagi berpeluang meneruskan cacatan
di sini.
Urusan
aku kali ini, memang bab kambing saja. Selepas tamat mengikuti kursus ternakan
kambing di akademik mj fatonah sdn bhd, aku dan suami sentiasa memikirkan
perancangan seterusnya. Non stop. Bagaimana cara nak luaskan lagi dalam bidang
ternakan. Bacaan di blog, maklumat di laman web dan di dada akhbar. Bukan mudah
rupanya, banyak maklumat yang tidak diketahui. Sampailah aku sendiri menelefon
kementerian yang berkaitan dan bank bagi mengetahui maklumat lebih lanjut.
Langkah berikutnya, aku daftar syarikat dulu dan diberi nama berkat hasrat jaya enterprise. Kenapa nama ini? Aku harap, suatu hari nanti dengan nama ini banyak perkhidmatan dan produk lain dapat dijanakan. Kemudian, aku buka akaun bank atas nama syarikat.
No comments:
Post a Comment