ENTRI 7
PENULISAN : Ainorhidayah Binti Zulkipli
Memang
betul, aku pun tiada pengalaman tapi lama - lama bila aku belajar, baru tahu. Aku
tengok jugalah kambing ni. Ingat biasa jer tapi kambing ni pun ada jenis -
jenis. Selalu aku jumpa kambing pun, kambing jenis kampung sebab balik kampung.
Kambing ada kategori pedaging dan tenusu. Ada beberapa jenis kambing yang
terdapat di malaysia. Antaranya kambing jenis boer, jamnapari, katjang, saanen
dan sebagianya.
Buat permulaan, modal pun kecil, jadi aku mula secara kecil - kecilan. Kandang kambing pun guna dari kayu yang terpakai yang masih kukuh. Aku fikir belum ada rezeki lagi. Aku beli kambing boer dan jamnapari sebagai baka dan ternakan. Kambing tersebut langsung tidak pernah di jual. Perancangan, bagi kambing besar sikit. Bila kambing bunting, rezeki namanya. Penjagaan dan pengasingan kambing perlu dilakukan. Cari modal lagi, upgrade kandang kambing untuk ibu kambing yang sedang bunting. Bila dah bunting, makanan pun bertambah. Kambing mudah berjangkit sekiranya tiada kawalan penjagaan. Kambing jantan, betina, ibu bunting dan yang sakit semua diasingkan.
In sha allah, saya akan update maklumat berkaitan ciri - ciri kambing pula.
No comments:
Post a Comment