ENTRI 14
PENULISAN : AINORHIDAYAH
ZULKIPLI
Bagaimana
nak memulakan ? Aku mula memikirkan. Lama juga. Tapi, bagaimana harus aku
memulakan langkah seterusnya? Aku mula mencari maklumat. Kisah kejayaan
usahawan seorang penternak. Diari seorang penternak. Pengalaman usahawan
ternakan memulakan perniagaan dari mula sehingga berjaya. Motivasi membakar
semangat, mencari dimana perlu dapatkan pendedahan sebagai seorang usahawan
penternak yang berjaya dan membuat lawatan ke ladang - ladang supaya lebih
memahami lagi.
Akhirnya, aku mula berfikir. Bukan semua orang akan berkongsi ilmu dengan kita. Mesti ada sikit - sikit yang disembunyikan. Lalu, aku cuba untuk meneroka dalam bidang penternakan walaupun sedar tiada pengalaman, tiada kemahiran dan tiada pengetahuan. Banyak risiko yang akan tanggung. Apa orang cakap, bidang terjun. Tapi, lama - lama, aku faham sendiri.
Hanya orang yang biasa rasa kesusahan sahaja aku mengetahui segala - galanya. Kita akan tahu pahit manis dalam perniagaan. Kita akan belajar, dari kegagalan yang lalu apabila semuanya berlaku dalam hidup kita.
No comments:
Post a Comment