Entri 38
Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh........
Perkongsian kali ini
menceritakan perihal seorang anak yang kerap melihat seorang ibu yang pulang lewat
ke rumah. Bila tiba waktu petang untuk ibu pulang ke rumah tetapi pada waktu
itu tidak kelihatan wajahnya. Lalu, anak kecil ini pun menelefon ibunya
bertanya bila mahu balik. Ibu berkata, balik lewat sikit sebab kerja tidak
habis lagi. Begitulah seterusnya.
Tidak lama selepas itu, dia
bertanya lagi. Tidakkah ibu mahu berhenti kerja untuk memberi ruang dan masa
untuk anak ibu?. Ibu menjawab “ sabarlah wahai anakku. Belum tiba masanya lagi”.
Dalam fikiran masih lagi memikirkan tentang hutang yang belum di bayar. Anak kecil
mengangguk tanda faham.
Pada suatu hari, anak kecil ini
beritahu bahawa dia amat merinduinya ibunya. Dia merinduinya saat dia pulang ke
rumah ibunya ada untuk menyambut kepulangannya. Dia merindui saat makan bersama
– sama dengan keluarga. Dia merindui saat solat berjemaah bersama – sama. Dia merindui
untuk majlis ilmu bersama ibu di rumah. Itulah luahan seorang anak kepada
ibunya. Lalu, mengalir airmata ibu mendengar luahan dan rintihan seorang anak.
Mulai saat itu, ibu mula
mencari pendapatan sampingan di rumah. Ketika itulah, ibu mula balik awal ke
rumah. Dari pendapatan sampingan terus dijadikan pendapatan tetap tanpa ragu –
ragu. Ibu begitu yakin dengan rezeki Allah swt. Ibu tidak pernah putus berdoa,
solat dhuha dan bersedekah. Ibu terus
istiqomah. Rezeki ibu, sentiasa ada tidak putus – putus. Tidak lama selepas
itu, ibu pun berhenti kerja.
No comments:
Post a Comment