Entri : 52
Penulis : Ainorhidayah Binti Zulkipli
Sumber : sendiri
Cerita kali ini, tentang anak saya.
Along : Umi, Along nak masuk tilawah kat sekolah. Boleh tak Umi?
Umi : Betul ke? Jangan main - main.
Along : Betul la. Mana ada main - main.
Umi : Kalau betul - betul nak masuk tilawah, bukan senang tau. Kena belajar asas taranum.
Suara rendah, tinggi. Semua tu, ada lagu. Pertama, niat nak kena betulkan dan ikhlas.
Bukan nak menunjuk - nunjuk tapi kerana Allah SWT, mencari pengalaman, tambah
ilmu pengetahuan dan menguji diri kita sendiri. Along boleh ke?
Along : Boleh In Shaa Allah
Umi : Umi ni, bukanlah pandai sangat pun tapi sebab anak nak belajar, Umi kena usaha dan
cuba bantu untuk anak. Sebab masa dah suntuk, kita tengok kat youtube je la. Slow -
slow nak belajar bukan mudah.
Bila dah tiba waktu ujian pemilihan wakil sekolah
Along : Umi, Along takutlah. Tak berani rasanya
Umi : Tak pe, pergi je. Dapat tak dapat lain cerita. Sekurangnya kita telah mencuba apa yang
termampu. Kita pun dah ada pengalaman. Bukan semua orang ada pengalaman
macam kita.
Selepas ujian
Saya tidak tanya pada anak. Saya hanya tunggu dia bercerita
Along : Umi, Along tidak berjaya. Tadi Along menangis dalam kelas. Kecewa sangat - sangat.
Umi : Tidak mengapa. Kita boleh mencuba lagi. Sekali kita gagal bukan bermakna kita akan selamanya. jangan sedih dan menangis lagi. Kita boleh usaha lagi selepas ini.
Sebenarnya, kita seorang ibu boleh menilai kemampuan anak. Saya tahu, anak saya tidak boleh menguasai taranum dengan baik. Apatah lagi saya, mengaji AQ semata - mata tanpa alunan. Disebabkan anak nak belajar taranum, saya ikutkan. Perkara yang baik. Bukan semua anak boleh cakap nak belajar taranum ni. Saya belajar dari kesungguhan anak. Saya kena usaha lebih untuk membantu dia. Dengan peristiwa itu, saya mencari guru untuk anak saya belajar ilmu taranum.
No comments:
Post a Comment