Entri : 31
Penulis : Ainorhidayah
Binti Zulkipli
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Sewaktu aku belajar di Institut Kemahiran Belia Peretak Kuala
Kubu Bharu (IKBN), aku mengikuti jurusan Pembuat Pakaian Lelaki (PPL). Di sana,
aku di ajar menjahit dari mula asas jahitan sehingga siap berpuluh – puluh pasang
baju. Memang rumit, sekiranya kita tidak minat dan tidak ambil tahu serta usaha
lebih baik lagi. Adakalanya nak marah pun ada, pengajar – pengajar tidak tengok
pun hasil jahitan kemudian suruh tetas. Bila difikirkan balik, ada hikmahnya
semuanya. Takkan sekarang sudah boleh jahit dengan jahitan yang halus dan lurus
serta kemas. Kalau tidak diuji dengan begitu, tidak nampaklah hasilnya sekarang
ini. Rutin harian bermula jam 5.00 pagi. Waktu itu, solat subuh berjemaah, 6.30
pagi jasmani selepas itu sarapan. Dan 7.45 pagi beratur serta berbaris berkumpul
di padang kawad untuk taklimat sebelum masuk kelas. Setiap hari Isnin, semua penuntut
wajib mengikuti kawad dan kelas asas perniagaan, agama, English dan sejarah
Malaysia. Hari lain pula, masuk kelas untuk jahitan .Petang pula, 5.00 petang latihan jasmani. Kemudian, solat maghrib
berjemaah dan barulah makan malam. Tempat tinggal adalah asrama dan makan ditanggung
semuanya. 6x sehari sekali. Kasut hendaklah kilat dan tidak boleh lewat ke
kelas. Pernah satu kelas kena denda jalan itik ke kelas kerana seorang kawan lambat. Baring
di padang kawad kerana tidak pergi solat berjemaah dan rendam di kolam kerana
ingkar arahan.
Semuanya itu adalah asas disiplin dalam kehidupan. Mengajar kita
bagaimana harus menghargai masa dan tetap pada masa yang telah diberikan. Sehingga
hujung nyawapun, ilmu harus dicari sebagai pedoman dan kelengkapan dalam diri
kita.