Entri 36
Penulis : Ainorhidayah
Binti Zulkipli
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera ........
Dengan
nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Segala puji bagi Allah
tuhan sekelian alam.
"Wahai
Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah
keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu,
penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas
langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah,
apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah
dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku
apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh".
Semua
insan diberikan pelbagai ujian. Tinggal lagi, ujian itu adalah berbeza dari
insan yang lain. Baik kaya, miskin, sihat, sakit dan macam – macam lagi ujian
yang Allah telah beri kepada kita. Ada anak, anak cerdik semua itu adalah ujian
dari Allah. Nikmat Allah gunakanlah
sebaik – baik mungkin. Janganlah bongkak, sombong, ego dan takbur apa yang
telah Allah berikan kepada kita. Pinjaman semata – mata di dunia.
Bila
ujian melanda, dekatlah diri dengan Allah. DIA merindui doa dan rinthihan
seorang hambaNYA. Istiqomah, ikhlas dan redha atas ketentuan. Jalan keluar pasti
ditemui. Sedekah apa yang kita ada. Tidak semestinya dengan wang ringgit atau
harta benda tapi dengan kudrat dan tenaga kita pada sesuatu kebaikan pun
sedekah.